Ada Apa Dengan Muzium Negara?

muzium-negara-

Salam guys. Rasa macam lama sangat pulak tak update blog ni. Kalau ikutkan takde la lama mana sebab baru seminggu je kot tapi mungkin sebab selalu ada yang tanya bila nak update, so Khai update je lah dengan apa yang dirasakan perlu. Untuk yang follow kat Twitter or Facebook, korang dah tahu kot Khai eksiden minggu lepas (29 June 2010 6:40 petang) kat Federal Highway. Terlebih rempit sangat kot? Hahaha. Tapi takpe, banyak hikmah dia dan yang memuaskan hati, perjalanan pergi dan balik sebelum kemalangan tu, sentiasa dengan nawaitu yang baik (arah tuju dan tujuan yang baik).

Badan still penuh parut dan sakit. But its ok, Lets bygones be bygones..!! Gah!!

Lawatan ke Muzium Negara

Sejak Muzium Negara dan Khai sendiri sama-sama terpacak kat KL ni, memang baru sekali je pernah pergi. Tu pun masa kecik dulu dan bila sekarang kalau korang cakap kat sape-sape pun lah yang korang nak pergi Muzium (terutama remaja), kalau tak kena gelak sure diorang akan buat-buat terkejut. Menyampah betul. Kalau sebut nak pergi clubbing taknak terkejut pulak tu? Oh lupa, dunia akhir zaman. hehehe.

Khai pun pernah tulis dalam Fast Update #7 22 June 2010 yang Khai nak pergi Muzium Negara dan akhirnya terlaksana jua. Well, pergi dengan member-member so memang rasa seronok sangat lah. Korang pergi sorang, memang korang tidur la kot dalam Muzium tu. Hehehe.

Anyway yang join “Rombongan Cik Kiah ke Muzium Negara” ni ada tiga generasi lapisan kepada Khai. Kawan-kawan masa study di Limkokwing, kawan-kawan masa study masa zaman sekolah dan kawan dunia blogging iaitu Syahirul yang merangkap photographer pada hari tersebut. (more…)

Ditulis pada 6 July '10 oleh | 2,704 views telah diterima.
Dalam kategori Review | Promo di Twitter! | 48 Respon

Saya Minta Maaf

Saya tulis entri ni, bukan sebab saya dah nak mati ke apa atau mungkin buang tebiat, tapi melalui kesedaran yang diberi oleh Allah SWT. Dalam kehidupan saya atau mungkin kita semua, hari-hari kita buat dosa dan pahala tanpa kita sedari mahupun disedari. Pahala dan dosa adalah kerja Allah. Siapalah kita untuk menilai.

Dengan penuh rasa rendah diri dan hina, saya menyusun sepuluh jari kemaafan dari sesiapa sahaja dengan penuh ikhlas yang datang dari hati. Saya bukanlah makhluk Allah yang sempurna, yang mampu menyenangkan hati semua orang yang saya kenali secara empat mata mahupun sekadar di blog atau Facebook.

Secara empat mata, mungkin saya telah memperkatakan sesuatu yang sedikit menyakiti hati anda walaupun saya sentiasa cuba elakkan atau sekadar berniat gurauan. Saya mohon maaf. Di alam maya, mungkin ada artikel-artikel atau ayat-ayat saya yang menyakiti hati mana-mana pihak tanpa saya sedari mahupun sengaja saya lakukan. Mungkin juga datang dari website-website di bawah terbitan saya. Saya minta maaf. (more…)

Ditulis pada 27 June '10 oleh | 1,400 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 50 Respon

Ada Apa Dengan Penjara Pudu

penjara-pudu-1

Penjara Pudu. Hurm, rasanya siapa yang tak pernah tahu kewujudan Penjara Pudu ni, korang memang bukan rakyat Malaysia (syuh syuh). Dulu masa Khai kecik (5 ke 6 tahun macam tu), selalu teruja bila lalu sebelah Penjara Pudu ni. Time tu lukisan kat tembok dia cantik lagi sebab terjaga. Nak nengok dalam memang tak dapat la, tapi teruja dengan lukisan pemandangan sepanjang tembok penjara tu. Memang sangat cantik dan menarik. Tapi lagi teruja bila dah besar sikit, baru tahu yang lukisan tu dilukis oleh banduan-banduan yang pernah menghuni penjara tersebut. Tembok (mural) sepanjang 384 meter tu (terpanjang di dunia) diorang lukis menggunakan 2,000 liter cat! Hebat kan diorang. Korang boleh buat? Hehe.

So baru-baru ni heboh yang Penjara Pudu ni akan dirobohkan dan kini dah pun dirobohkan sikit demi sedikit. Serious rasa sedih tu memang ada sebab tempat tu banyak kenangan untuk ramai orang dan diri Khai sendiri. Bukanlah bermaksud kenangan pernah menghuni kat dalam dia, tapi Penjara Pudu ni memang ada sentimental value dia, biarpun ia hanya sebuah penjara (tempat orang jahat). Kisah hantu dia pun ada sebab ada 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati kat sini. Woot!!

penjara-pudu-2

So malam tadi dalam pukul 4 pagi macam tu, lepas habis layan Argentina VS Greece kat Dataran Merdeka (yay! Argentina menang!), terus pergi buat lawatan sambil belajar menggedik kat Penjara Pudu jap nak nengok keadaan terkini dia. Dari pintu utama penjara tu, tembok sebelah kiri memang dah habis dimusnahkan. Tembok belah kanan, sedang manangis mengenang nasib beberapa hari lagi.

Terkilan memang tak hengat. Sebab apa? (more…)

Ditulis pada 23 June '10 oleh | 819 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa | Promo di Twitter! | 62 Respon