Salam & salam sejahtera all.
Sebenarnya dah lama Khai dapat soalan yang bertanya, “Kenapa Khai tak gunakan kepopularitian yang ada pada nama Oh! Network untuk buat sesuatu yang berguna pada agama?”.

Jawapan Khai kepada soalan macam tu selalunya pendek je iaitu “InsyaAllah — Dengan izin Allah”. Frankly speaking dulu tak pernah terlintas pun nak buat web macam tu. Dalam kepala fikir nak buat web yang mampu mengembalikan modal yang dikeluarkan. Itu sahaja. Web agama? ramai ke nak baca? Buat ape? boleh jadi top ke? aku ni kan jahil mana layak dan macam-macam lagi, selalu bermain di kepala.
Sehinggakan suatu masa, dengan kehendakNya, tiba satu “nur” yang membangkitkan nawaitu yang tidak pernah disangka. Terus search samaada domain “ohislam.com” masih available atau tidak. Memang gembira tak terkata bila lihat domain tersebut masih available seakan macam tidak percaya sedangkan idea Oh! Islam ni dah lama bermain di mulut pembaca web-web Oh! yang lainnnya.
On the spot, terus beli dan diaktifkan. (more…)
Ditulis pada 13 October '09 oleh KhaiHassan | 1,010 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Religion | Promo di Twitter! | 67 Respon
Lama tak blogging. Feel tu tiba-tiba jatuh menyembah tanah. Tarik nafas.. lepas.. Tarik nafas lepas.. Ok, start blogging macam biasa balik! Hehehe.
Entri kali ni takde ape-ape yang menarik, cuma saja nak show off tempat Khai buat kerja, tempat Khai berhibur, tempat Khai menangis, tempat Khai makan minum, tempat Khai ketawa, tempat Khai beramah mesra dengan kawan-kawan, tempat Khai mengenali ramai teman baru, tempat Khai full time blogging, tempat Khai mengimbas kenangan, tempat Khai bla bla bla. Macam banyak tempat je kan? Tapi sebenarnya hanya di sini. 3/4 dari satu hari dihabiskan di sini. Sajalah disemadi’kan di sini sebagai kenangan. Which is dapat Khai baca dan lihat semula 10 tahun akan datang. 10 tahun akan datang, kalau dipanjangkan umur pasti gambar di bawah ini akan menjadi kenangan yang manis di dalam hidup. Kerana di sini aku kenal siapa sebenarnya diri aku yang hina. Super hina di sisi Allah SWT.

Klik gambar kat atas ni untuk detail
Nanti entri akan datang, boleh la show off tempat tidur pulak di mana kat situ lah tempat mimpi kering, mimpi basah, mimpi indah, mimpi ngeri. Kencing je belum lagi. Kahkah!
Korang taknak show off port meng’online’kan diri pulak ke? Ada beran? Macam sarang tikus? Hah?!! No problem punyo! hehe. Salam. (more…)
Ditulis pada 11 October '09 oleh KhaiHassan | 810 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 88 Respon

Baru-baru ini, aku bagaikan menerima sesuatu petunjuk yang sukar untuk diceritakan (mungkin tidak perlu diceritakan). Sejak kejadian itu, aku dapat rasakan sesuatu yang lain. Aku terasa betul-betul bersalah kalau meninggalkan atau melewatkan solat. Kalau tertinggal solat subuh kerana bangun lewat, aku akan qada’ kan. Sesuatu yang belum pernah aku lakukan sebelum ini. Aku juga sering terfikir pasal mati. Sesuatu yang jarang aku fikirkan sebelum ini. Sesungguhnya aku memang takut akan mati. Sudah cukupkah amalan untuk aku bawa ke sana nanti? Tidak cukup sama sekali. Tapi aku sedar, dariNya aku datang, kepadanya aku pulang. Aku Redha!
Baru-baru ini juga aku dinasihat’kan oleh seseorang supaya melakukan taubat nasuha atas lambakkan keterlanjuran dosa yang telah aku lakukan sebelum ini. Sesuatu dosa yang aku tidak pasti atau mungkin juga pasti. Apa yang aku pasti, dari dosa kecil mungkin menjadi besar tanpa aku ketahui. Dari lambakkan yang kecil, dikumpul-kumpul menjadi besar.
Orang lihat aku begini dan begitu, tapi hanya Allah yang mengetahui siapa aku. Zalim’nya aku sebelum ini. Aku betul-betul ingin menyerah diri kepada Allah. Aku harap ianya dipermudahkan. Dikesempatan ini juga aku nak mohon ampun dan maaf seikhlas hati dari insan-insan yang pernah terluka selama-mana pernah mengenali aku yang bernama Mohd Khairulnizam Abu Hassan ini selama 21 tahun aku bernafas di bumi Allah.
Keluarga, Rakan-rakan sama membesar, rakan-rakan di sekolah, rakan-rakan di kolej, rakan-rakan blogger, rakan-rakan di dunia nyata mahupun internet. Aku minta maaf seikhlas hati. Maafkan aku jika ada melakukan salah dan silap dalam pengetahuan aku atau tidak.
Kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan kepada aku samaada di atas pengetahuan aku atau tidak, aku maafkan dengan seikhlas hati. Aku halalkan apa sahaja. Aku halalkan apa sahaja barangan aku yang pernah dicuri sebelum ini atau hak aku yang dinafikan menjadi hak aku. Aku halalkan. Hanya tinggal kamu dengan Allah. Dengan aku tiada lagi.
Ya Allah, bantulah aku menjadi insan baru yang benar-benar baru. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata. Kawan-kawanku semua, jika suatu hari nanti kamu tersedar akan keterlanjuran yang dilakukan semasa hidup, apa yang tertulis di bawah ini mungkin boleh kamu rujuk semula. Sama-sama’lah kita. Aku orang hina yang menyampaikan.
################################ (more…)
Ditulis pada 7 October '09 oleh KhaiHassan | 1,332 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Religion | Promo di Twitter! | 78 Respon