
Tersebutlah kisah di zaman Hang Tuah dulu, ada satu pakcik ni lepak sebelah meja Khai kat mamak. Pok pek pok pek dia berborak pasal rokok. Lepas tu dia pandang Khai dengan member, dia bebel cakap apejadah nye mamak ni jual rokok mahal lagi. Dunhill 20 patutnya dah RM6.20 dah kata dia. Apesal kat mamak still jual RM9 something lagi.
Dengan buat-buat macam tak tahu perkembangan semasa, Khai pun tanya pakcik tu mana dia tahu rokok Dunhill 20 harganya dah RM6.20?
Dengan buat-buat muka macam kacak, pakcik tu cakap dia nengok Buletin Utama tadi. Terang-terang dalam berita tu dah cakap rokok 20 batang harga maksimum RM6.20 bermula hari ni (28 oktober 09).
Khai pun dengan buat-buat muka lebih kacak dan teruja dari pakcik tu pun cakap, “Oh ye ke pakcik. Haah ek apelah mamak dengan 7E ni tak reti-reti nak turunkan harga lagi. Teruk betul”. Nak jaga hati orang tua-tua punya pasal.
Dengan muka bangga pakcik tu pun geleng-geleng. Mungkin dalam hati dia cakap teruk betul budak-budak zaman sekarang ni. Perkembangan semasa pun tak amik tahu. Sigh~
Ok tamat kisah dengan pakcik tu. (more…)
Ditulis pada 28 October '09 oleh KhaiHassan | 3,384 views telah diterima.
Dalam kategori Motivasi, Tergempar | Promo di Twitter! | 98 Respon

Salam all. Lama dah Khai tak buat artikel memperkenalkan website yang best-best serta berkualiti yang mungkin baru untuk korang dan diri Khai sendiri. So hari ni nak memperkenalkan beberapa website yang cool. Tapi ini lebih istimewa sebab hasil air tangan anak tempatan kita sendiri.
Yup, anak Malaysia macam korang semua juga. Apa yang membuatkan website mereka ni tak nampak macam tempatan, sebab kualiti yang ada pada website tu sendiri membuatkan kalau kita termasuk pun, mesti sangka mat saleh yang buat. Siapa kata orang Malaysia tak boleh? Sorry sikit ye mat saleh! Hehehe.
Ok, check this out guys! (more…)
Ditulis pada 26 October '09 oleh KhaiHassan | 3,900 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 67 Respon

Berbanding dengan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Khai tak berapa nak alert pasal Deepavali ni. Semalam dengar pom pam pom pam bunyi mercun, baru tanye member apejadah orang main mercun pulak ni. Member Khai cakap esok Deepavali la dowh!
Lah! So hari ni dah Deepavali la yer? Happy Deepavali buat pembaca Justkhai ni yang menyambutnya. Ada ke orang india baca blog ni? Ada kot, kita je yang tak tahu. Khai ni penganggur terhormat, so lagi la tak tahu pasal cuti-cuti sambutan perayaan ni kan. Kalau korang yang masuk kerja 9 hingga 5 petang tu boleh tak tahu, maka memang patut ditampar laju-laju. Hehehe.
Tak best pulak setakat nak wish je. So cerita sikit apa tanggapan Khai pada kaum india di Malaysia sebelum ini dan selepasnya. Harap kalau ada kaum india yang baca tu, jangan ambil hati la ye? Ikhlas lahir dari hati.
Ok, sebelum ni bila sebut je pasal orang india terus kepala hotak yang berjambul ni, akan terlintas india ni gelap, busuk, pelik, gangster, kaki mabuk, serabai, poyo, cakap berbeli dan baju warna tak matching. Wow, amat jahat di situ. Maka dari masa ke semasa, berlaku sedikit demi sedikit perubahan zaman dan pemikiran dari diri Khai sendiri.
Apa tanggapan dalam kepala Khai sekarang bila bercakap mengenai orang India? (more…)
Ditulis pada 17 October '09 oleh KhaiHassan | 1,782 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Motivasi | Promo di Twitter! | 102 Respon