Baru-baru ni saya ada membeli seekor tikus yang saya berikan nama dia “Mr Mice Jr”. Tikus ini tiada ekor tetapi mempunyai teknologi Bluetooth. Harganya RM155. Beli kat Plaza Lowyat lah macam biasa. Dan kedai menatang tu pulak diberi nama “Sri Komputer”. Kalau nak beli menatang berkaitan komputer, memang tu la kedai yang akan saya tuju. Tak pandang yang lain dah. Serius!
Kenapa tiba-tiba saya buang tebiat pergi beli tikus yang harga sampai RM155? Satunya sebab tikus lama saya yang nama dia “Mr Mice” dah meninggal dunia. Dia sakit lepas tu saya beli lah dia ubat (bateri la tu), tapi dia tetap sakit dan beberapa minit lepas tu, dia pun menghembus nafas yang terakhir. Lepas saya tanam dia (buang dalam tong sampah), saya terus siap-siap ke LowYat. Jalan jem punya pasal sampai terlepas solat Maghrib (saya ganti).
Masa tu saya memang desperados gila perlukan tikus. Sebab tanpa tikus, saya susah gila nak buat kerja. Saya dan tikus memanglah tidak boleh dipisahkan bagai keyboard dengan motherboard.
Di LowYat, sudah di set dalam kepala lutut, saya nak beli tikus (mouse) yang lebih kurang macam yang lama. Juga dari jenis (brand) yang sama. Yang takde ekor sudah tentu. Saya benci ekor (wayar) dan something yang memenuhkan lubang najis (USB Port) di lappy (Miss Merlot) saya. Kerana banyak benda lain yang perlu saya cucuk di lubang najis itu seperti cekera keras luaran (ex-hdd) dan juga batang riang (joystick) untuk bermain PES2010. LMAO~. (more…)
Ditulis pada 17 November '09 oleh KhaiHassan | 1,064 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget, Review | Promo di Twitter! | 73 Respon
Dah hampir sebulan rasanya Khai gunakan TuneUp Utilities 2010 ni untuk Miss Merlot yang ber’platform’kan Windows Se7en Ultimate. Tapi serius tak rasa pun nak tulis entri kat Justkhai. Betul-betul dah lupa dulu blog ni pun selalu review pasal software-software. Sekarang langsung tak ingat je sibuk punya pasal.
Sehinggalah ada pembaca Justkhai yang selak-selak artikel lama mungkin, komen kat entri pasal TuneUp 2009 yang dipublish awal tahun ini. Katanya keygen untuk TuneUp 2009 tu dah expired. Jadi dia minta Khai update yang baru. Jadi untuk menjawab perkara tu, Khai keluarkan artikel pasal TuneUp Utilities 2010 yang terbaru ni. (more…)
Ditulis pada 15 November '09 oleh KhaiHassan | 1,000 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 90 Respon

Salam all. Ini bukan artikel main-main atau kelakar. Anggaplah ni antara satu dari beberapa artikel serius yang pernah keluar di Justkhai ni. Walaupun kadang-kadang ada entri yang banyak typo (oops my bad), tapi bagi Khai itu semua tak penting as long korang masih faham apa isi yang cuba nak dikongsikan.
Perangai seorang Khai ni memang dia tak suka buat kerja dua kali. Termasuklah menyemak ejaan di blog (which is dilakukan masa menulis tapi tetap ada yang terlepas pandang). Sekali lagi, Ops! My bad. Jangan ada sesiapa lagi nak offer kerja. Karang melingkup bisnes korang, tak dapek den nak nolong do. Haha.
Hari ni cerita pasal rokok lagi. Nak pecahkan rahsia since dah kantoi pun dengan family (ampun mak abah & semua). Sebenarnya Khai merokok masa study kat University dulu. Biasalah dah campur member-member merokok itulah jadinya. Itu yang orang kata pengaruh rakan sebaya. Tapi honestly, niat Khai sumpah just nak buat research je kononnya. Pelik apa yang best dengan rokok dan ape yang payah sangat nak berhenti. Akhirnya makan diri. So adik2 jgn cuba2 nak merokok.. serius ni tak tipu. Khai dah rasa pun!
Ok itu cerita lama. Sekarang tak lagi. So orang yang ada pengalaman merokok ni paling layak la kot nak kasi nasihat free untuk mereka yang masih merokok even nak beli rokok sekotak pun korek duit tabung. LMAO! Loser betul korang ni. Hari ni meh kita belajar cara-cara bagaimana Khai berhenti dari menghisap benda haram ni. Tapi bukan semudah dengan kata-kata. Apa yang penting, disiplin diri perlu ada. (more…)
Ditulis pada 13 November '09 oleh KhaiHassan | 1,599 views telah diterima.
Dalam kategori Motivasi | Promo di Twitter! | 133 Respon