
Apa yang kau tahu belum tentu aku tak tahu. Cuma bila kau beritahu, aku buat-buat macam tak tahu walau sebenarnya aku tahu. Kerana itu aku.
Apa yang kau ada belum tentu aku tak ada. Cuma bila kau beritahu kau ada ini dan itu, aku buat-buat bagai aku memang tiada. Kerana itu aku.
Apa yang kau cerita pasal orang lain belum tentu aku tak tahu. Tapi aku buat-buat baru tahu semata-mata nak menjaga hati kau seorang yang suka mengumpat. Kerana itu aku.
Apa yang kau cerita pasal aku dekat orang lain belum tentu aku tak tahu. Tapi aku buat-buat tak tahu kerana aku bukan jenis manusia talam dua muka seperti kamu. Kerana itu aku.
Sebuah entri pendek ikhlas dari hati. Dari pengalaman hidup yang menyakitkan. Aku bukan sempurna cuma aku tahu bagaimana ingin menjadi manusia yang sempurna dan aku cuba sedaya untuk menjadi itu. Kerana itu aku!
Pssttt: Kawan Khai nama Teena, dah contact mintak address rumah. Nak hantar kad jemputan la tu. Tahniah geng jadi member ku yang pertama ke jinjang pelamin.. (more…)
Ditulis pada 3 October '09 oleh KhaiHassan | 2,392 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Motivasi | Promo di Twitter! | 69 Respon

Dipendekkan cerita, Khai beli notebook baru. Alhamdulillah. Dari bulan lepas lagi dok sebut-sebut dekat Twitter dan akhirnya selamat dibeli juga. Duit yang digunakan pun memang 100% hasil pencarian di internet ni la. Nuffnang, Advertlets, Innity dan banyak lagi. Dan ini adalah artikel pertama di blog dalam mana-mana network Oh! Media yang Khai tulis menggunakan notebook ni. Feel tu ada sikit lain macam la. Biasalah benda baru dalam hidup kan. Ops, bukan benda tapi awek baru. Jangan jeles ek. Kahkah!
Khai beli HP Probook 4411s. Notebook ni baru masuk Malaysia bulan lepas dan mungkin ini kali pertama korang nampak blogger melayu yang tulis pasal ProBook ni. ProBook ni bukan senang nak cari taw. Tak percaya korang amik gambar-gambar dalam blog ni, pergi Low Yat dan cubalah tanya mana-mana kedai. Khai cari laptop ni pun memang separuh mati. Nasib tak mati je. Erk! Kalau tanya kedai notebook HP yang terbaru, dah sah-sah dia tunjukkan HP Pavilion DV3 tu. Cantik memang cantik, tapi tak secantik dan se’tough HP ProBook.

Khai tunjuk gambar laptop ni kat satu kedai ni. Sambil buat muka pelik dia cakap, “Ini laptop lama maa.. Haiya, dah takde orang jual lagi.”. Punya la bangang tak ambil tahu pasal notebook tapi kerja kedai jual notebook. Kalau dah kedai kau takde jual tu, cakap je la takde kan senang.
ProBook ni first Khai jumpa dekat Ampang Point. Esoknya datang balik dah habis kene sapu. Cis! Lepas tu cari kat Low Yat dan Imbi macam nak patah kaki. Semua kedai takde. Kalau nak kene tempah. Nak cepat punya pasal last sekali ada pun kat kedai HP tingkat tiga kat Low Yat tu. Itupun stock last sekali. Selamat cepat.

ProBook ni disasarkan pada golongan professional dan businessman dan sebab tu susah nak cari. Sebab permintaan kurang. Maklumlah, bukan untuk funky-funky layan game atau memang student atau budak muda-muda. Diorang tak pandang punyalah. Hehehe. Khai bukannya professional atau businessman, tapi Khai tahu apa yang khai cari dan kejar dalam masa beberapa tahun akan datang. Ialah, laptop bukan kita nak pakai sehari-dua kan? Jadi berfikir sebelum membuat tindakkan. (more…)
Ditulis pada 30 September '09 oleh KhaiHassan | 7,612 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 177 Respon

Tiba-tiba rasa nak buat artikel tribute untuk mak sendiri. Dah 4 tahun blog ni wujud, satu pun takde lagi artikel tribute untuk ibu sendiri. Sedangkan, kalau tanpa dia, blog ni haram tak wujud. Korang pun tak wujud sama untuk baca artikel ni kalau bukan sebab mak korang. So, kalau teringat kat mak masing-masing tu, doakanlah semoga panjang umur dan sihat sokmo hendaknya. Buat satu artikel tribute pada mereka. Tak perlu lah tunggu Hari Ibu sampai, baru sibuk nak tulis pasal mak korang. Untuk yang dah kehilangan bonda terchenta tu, doakan semoga mudah perjalanannya menghadap Illahi. Amin.
Tadi, Khai tiba-tiba teringat mak kat kampung. Haritu baru je jumpa time raya. Rasa tak puas pulak nak borak-borak dengan dia. Bila lapar sikit je teringat rendang mak kat kampung. Rendang dia memang champion la. Takde mak orang lain boleh lawan. Ape lagi sambal kerepek pedas yang mak buat memang takkan jumpa kat kedai. Hehehe. Memang setiap dari kita semua akan cakap masakkan mak kita yang paling sedap kan sebab dah memang dari kecik lidah kita ni merasa air tangan mereka. Apa tidaknya.
Hidup seorang insan bernama Khai sekarang semangnya dipengaruhi didikan yang Khai terima dari mak Khai masa kecil dulu. Mak dengan Abah Khai dulu tak pernah rotan Khai. Tak pernah pukul, cubit ape lagi nak sepak terajang macam separuh ibu-bapa yang lain. Mungkin itu cara didikan mereka. Tapi bukan ibu bapa Khai. (more…)
Ditulis pada 25 September '09 oleh KhaiHassan | 2,978 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 88 Respon