
Artikel khas ini mungkin hanya buat sementara waktu sahaja sementara Oh! Artis masih down setelah hampir satu minggu. Khai selaku founder pun dah tak larat nak menjawab sebenarnya. Mana-mana pun orang tanya pasal Oh! Artis tapi Khai tetap jawab kalau berkesempatan. Itu belum kira email yang diterima berkaitan Oh! Artis ni.
Mengapa Oh! Artis down? Pertama, ianya bukan kerana disengajakan. Khai juga tak pernah meletakkan apa-apa khabar berita yang Oh! Artis akan ditutup. Selagi Oh! Artis mampu untuk bersaing dengan lambakkan web hiburan yang lain yang tumbuh bagai cendawan, selagi itu para penulis kami berusaha keras untuk menulis mengenai hiburan yang segar untuk tatapan pembaca yang kini telah melebihi 20 ribu pembaca setiap hari.
Kedua-nya, kami tidak berhadapan dengan sebarang isu mahkamah atau sebagainya. Oh! Artis dan semua penulisnya termasuk Khai sendiri berdiri di bawah status independence author. Kami hanya menulis sesuatu yang benar dan bukannya fitnah. Kami juga tidak pernah mencerobohi privasi artis. Kami tidak masuk ke rumah mereka dan mencuri gambar-gambar dari photo album mereka. Kami juga bukan paparazi yang mengekori mereka. Segalanya hanya dari internet. Kebodohan artis yang meletakkan gambar di Facebook tanpa sebarang sekatan, selalunya digunakan sebagai kesempatan yang baik bagi semua web hiburan di Malaysia.
Pihak hosting kami masih berusaha keras untuk membawa Oh! Artis kembali buat tatapan para pembaca. (more…)
Ditulis pada 18 August '09 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 57 Respon

Heh. Nengok tajuk mesti korang ingat cara nak cari mp3 dengan Google tu kan? Ala yang index ape ntah. Khai pun dah tak ingat sebab dah tak guna cara tu. Tapi artikel pasal tu pernah ada dalam Justkhai ni. Sila search guna form kat header atas tu yerk..
Entri kali ni pendek je sebab Khai pun tengah takde mood ni. Bila Oh! Artis down macam SIAL dan pihak hosting bila call tak dapat (off hp la pulak), nak taknak terpaksa buang sial pergi jalan-jalan cari pasal kat dunia nyata. Lantak la ape jadi pun.
Ok, caranya senang je. Dengan menggunakan Google Search dan 4shared. 4shared ni bukan setakat tak banyak songeh macam Rapidshare and segala free storage bangsat yang lain tapi memang jadi port untuk orang simpan koleksi MP3 dalam pc diorang. Sehingga artikel ini ditulis, Khai belum pernah gagal lagi kalau nak cari lagu-lagu terbaru atau lama. Terdetik je dalam hati nak layan lagu yang ni, terus je search, download dan layan. Terbaik dari ladang la orang kata.
Caranya.. (more…)
Ditulis pada 17 August '09 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Tutorial | Promo di Twitter! | 85 Respon

Penat semalam tak hilang-hilang lagi. Semalam betul-betul enjoy tak ingat dunia. Semalam keluar dengan si dia dari pagi sampai ke malam. Siapa si dia? Yes, finally dah boleh cerita kisah hidup yang bahagia berbanding yang duka ketika putus cinta beberapa bulan lalu. Terima kasih atas doa dan nasihat korang semua dalam entri-entri duka sebelum ini. Bila dah bahagia balik, baca entri sedih-sedih tu rasa macam nak muntah je la pulak. hehehe.
Semalam juga buat pertama kali dalam hidup, Khai nengok dua cerita kat wayang berturut-turut dengan si dia kat Berjaya Times Square KL. Cerita pertama bertajuk “The Proposal” dan habis je cerita tu, pusing balik masuk GSC nengok “Setem”. Seriously Khai baru dapat nengok setem ni. Dah 4 kali booking tiket tapi kali ni baru dapat nengok pun. Dan dua-dua cerita tersebut memang boleh dimasukkan dalam senarai cerita-cerita terhebat tahun ini yang wajib ditonton. Untuk yang belum nengok, Justin Timberlake (siapa dah nengok Setem tahu la apa yang Justin Timberlake nye. Hehe)
Sehingga saat entri ini ditulis, (more…)
Ditulis pada 14 August '09 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 124 Respon