Lidah Terbelit | Snow – Informer

Bila baca balik artikel dua atau tiga tahun lalu kat Justkhai ni, Khai nampak diri Khai yang dulu. Tahu ape? Budak-budak! Hahaha. Lepas tu tulis blog bukan macam sekarang. Macam sekarang nak tulis blog buat brainstorm dulu. Then research apa patut baru tulis. Kalau dulu semua benda rasa nak tulis, Khai tulis je. Hehe.. Nostalgia.

Lepas tu ada juga entri kongsi lagu dan lirik lagu je. Memang senang sangat lah kalau nak update blog macam tu kan? hehehe. So entri kali ni Khai nak jadi budak-budak balik la. Share lagu dan lirik kat blog. Pergh! Hahaha.

Lagu kat bawah ni lagu yang dah bertahun juga ada dalam PC Khai ni. Tapi kalau ditanya orang, mesti orang takkan perasan lagu ni english. Semua jawab spain la, france la. Sebabnya terlampau laju dia nyanyi. Kalau tak nengok lirik, haram tak paham apa dia nyanyi. Hehehe. Cubalah nyanyi nengok. Mempersembahkan.. Lagu bertajuk INFORMER nyanyian SNOW. (more…)

Ditulis pada 10 September '09 oleh | 842 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 37 Respon

Windows Se7en Finally


* klik untuk saiz sebenar

Satu dunia pun dah sedia maklum yang Microsoft dah keluarkan Windows yang ke-7. Nama diberi Windows 7 atau Windows Se7en. Yang tak menyabar tu mungkin dah pakai lama sejak Microsoft release’kan versi trial dan Release to Manufacture (RTM) dulu. Tapi Khai ni kan jenis penyabar orangnya. Haha! Ni bila dah release final baru la pergi beli. Nak download kirim salam lah, malas gila!

Ramai blogger tempatan juga dah lama pakai Windows 7 ni. Khai nengok je dengan penuh jeles masing-masing membangga diri dah guna Windows 7 kat Twitter. Siot la korang! Hahaha. Khamis lepas Khai turun Galaxy Ampang untuk cari DVD Windows 7 ni. Taknak yang trial dan taknak yang RTM tapi nak yang dah final release. Alhamdulillah jumpa. Harga RM10 je. Hahaha! Crack dan activation semua berjalan lancar.

Bila orang tanya Khai, apa pendapat Khai untuk Windows Se7en ni kat Facebook, Khai akan jawab dengan penuh ringkas iaitu “Interface Vista, Performance XP”. Ringkas dan padat mungkin korang boleh gunakan jugak kalau ada member-member yang tanya.

Khai dah gunakan Windows Vista Ultimate sebelum ni lebih dua tahun jadi bila guna Windows 7 ni, takde la rasa teruja sangat. Kalau korang XP tu mungkin akan teruja la jugak + pening sikit dengan function-function baru. Tapi tak lama, sehari dua je sure dah otai, InsyaAllah.

Beberapa function terbaru yang Khai notice selepas 3 hari menggunakan Windows 7 adalah.. (more…)

Ditulis pada 6 September '09 oleh | 1,501 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 300 Respon

Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 3)

Disebabkan berderet keyword yang masuk ke blog ni kerana carian “twitter tutorial” hari ni Khai continue tutorial twitter untuk pengguna baru – part 3. Mungkin ini part yang terakhir jadi sama-sama lah kita berkongsi ilmu yosh. Kalau masih ada yang belum baca tutorial Twitter yang lepas, harap dapat baca dulu. InsyaAllah ada ilmu tambahan yang akan korang dapat. Khai bukan mengajar tapi cuma berkongsi apa yang Khai tahu dan melalui komen tambahan dari pembaca lain, sama-sama kita dapat ilmu yang baru. Well, sharing is loving right? Hehe..

* Tutorial Twitter Part 1 & Tutorial Twitter Part 2.

1. Tweet melalui SMS

– Kalau sebelum ini kita ada sms2twit, sekarang kita dah ada Gladlycast, di mana ianya jauh lebih baik dan selamat dari yang terdahulu. Gladlycast juga menggunakan nombor Hotlink jadi mungkin ini satu berita baik kalau korang juga adalah pengguna Hotlink/Maxis. Dengan SMS serendah 1 sen, korang dah boleh ber’twitter dari mana-mana pun. Dalam hutan, dalam toilet, tengah shopping atau tengah mencekik, dengan 1 sen satu dunia boleh tahu..

Ok kat bawah ni step by step untuk rujukan korang.


First tweet Khai via SMS. Thanks GladlyCast.

Korang juga boleh tambah phone number yang lain dalam satu akaun. Hope suatu hari nanti GladlyCast dapat buat sekali perkhidmatan MMS. So kita boleh tweet gambar beserta ayat. Gambar diorang host’kan dan ayat yang keluar di Twitter disertakan link terus ke gambar tersebut. Rasanya boleh tak diorang buat ek? (more…)

Ditulis pada 3 September '09 oleh | 3,071 views telah diterima.
Dalam kategori Media Sosial, Tutorial | Promo di Twitter! | 50 Respon