Kalau ada yang tercari-cari artikel kemerdekaan di sini, Khai dah tulis awal bulan Ogos hari tu lagi. hehe. Boleh klik di sini.

Korang sedang membaca satu lagi artikel Soalan Rabak Hujung Minggu tapi dah part 3. Kalau baru terjebak dalam kolumni blog ni, boleh la baca Soalan Rabak Part 1 dan Soalan Rabak Part 2 dulu. Boleh dikatakan semua persoalan dapat dirungkaikan dengan komen panjang lebar dari korang semua. Terima kasih!
So hari ni dah hujung minggu, masanya untuk soalan rabak seterusnya. Rabakkan kepala korang dengan semua persoalan yang telah merabakkan kepala Khai terlebih dahulu ni. Hehehe.
Soalan 1:
Di Malaysia ni, memang selalu sangat dah kita dengar kes pasal bomoh dan santau. Ada yang buat orang mati, menderita sampai mati, hilang ingatan dan macam-macam lagi lah. Kalau di Malaysia, semua ni boleh dikatakan hanya kes terpencil, tapi bukan di Indonesia (lagi parah). Persoalannya, kenapa diorang ni semua tak guna santau je untuk bunuh George Bush tu dulu? Sanggup pulak pergi letupkan diri dan macam-macam lagi padahal Bush tu hidup je jugak. Dari bunuh bangsa sendiri dengan sifat dengki korang tu, santau Bush tu lagi baik la wei.
Soalan 2:
Mengenai Kunci. Kalau kunci pintu tombol bulat tu, semua pintu pun kunci dia lebih kurang. Sama lebar dan sama panjang. Ukiran mata kunci tu pun boleh dikatakan sama je. Persoalannya, dalam berjuta-juta kunci yang ada, bagaimana masing-masing boleh membuka satu pintu sahaja sedangkan design semuanya agak sama. Korang faham tak soalan ni? Huhuhu.
Soalan 3:
Bagi penganut agama Islam, rambut seseorang wanita adalah aurat dan haram dilihat lelaki. Soalannya, bila perempuan tersebut memotong rambut yang panjang menjadi pendek, kemudian yang telah dipotong tu dibuang merata-rata dan dapat dilihat lelaki bukan muhrim, adakah wanita tersebut berdosa? Adakah rambut tersebut termasuk lagi dalam aurat wanita tersebut?
Soalan 4: (more…)
Ditulis pada 30 August '09 oleh KhaiHassan | 1,232 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 109 Respon

Soalan Rabak Part 2 akhirnya release untuk korang jawab. Patutnya Khai nak publish hujung minggu ni. Tapi takpelah publish awal nanti korang bosan pulak blog ni tak ber’update. So, Jawab la semampu dan seikhlas yang mungkin. Mungkin juga korang sendiri pun tak tahu kot? Jadi jawab mana yang tahu je la yer. Macam kat Soalan Rabak Hujung Minggu Part 1, kan ke setiap persoalan ada penyelesaiannya? Bukan begitu?
Soalan 1:
Korang faham-faham sendiri la kan kencing korang warna apa. Kalau bukan putih jernih, sure keruh warna kuning tak hengat. Bau dia pulak takyah cakap la. Mengalahkan bau tandas awam. Hahaha! Khai cuma nak tanya korang, Kenapa kalau kita minum air sirap ke, air oren ke, air milo ke, bila kita kencing, air kencing tu kalau bukan warna putih, mesti warna kuning. Dua warna tu je. Abis mana pergi warna merah air sirap tu? Mana pergi warna coklat air milo tu? Arghh mana?!! pening!! Hehehe..
Soalan 2:
Soalan ringkas je. Dulu masa Zaman Nabi Adam, adakah Dinasour telah wujud? Kerana seingat Khai makhluk Allah pertama tercipta adalah Nabi Adam kan?
Soalan 3: (more…)
Ditulis pada 26 August '09 oleh KhaiHassan | 4,204 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 94 Respon
Untuk kawan-kawan yang ada follow Khai di Twitter, perasan la kot yang Khai pun dah ada blog khas untuk Live Blogging. Live blogging ni sangat seronok. 100% gunakan handphone untuk blogging. Snap gambar, tulis artikel dan terus MMS. Terus masuk ke blog untuk di’baca followers. Mana-mana tempat dalam pelusuk dunia pun even takde internet tak jadi masalah lagi nak ber’blogging wei. Antara beberapa blogger tempatan yang menggunapakai cara ini ialah knizam, Kreuger dan beberapa lagi yang lain (sila promo sendiri kat bahagian komen eh..)
Berbanding mereka, Khai tak nak sepahkan blog yang korang baca ni dengan Live Blogging sebab adakalanya entri tu terlalu zero. Faham kan which is nothing to share lor.. just personal.. sigh~ Jadi Khai setup satu lagi blog baru khas untuk Live Blogging ni. Jadi blog Justkhai ni khas untuk update yang mungkin berguna secara terus dari laptop dan yang satu lagi ni, khas untuk mo-blogging sahaja. Teehee! Apa address’nya? Klik gambar kat bawah ni.

Cuma tukarkan /blog ke /live untuk masuk blog tersebut. Ada permintaan yang suruh Khai ajarkan cara untuk Live Blogging ni. So, here we go.. (more…)
Ditulis pada 24 August '09 oleh KhaiHassan | 5,528 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa, Tutorial | Promo di Twitter! | 110 Respon