(Personal) Kembali Bahagia


Penat semalam tak hilang-hilang lagi. Semalam betul-betul enjoy tak ingat dunia. Semalam keluar dengan si dia dari pagi sampai ke malam. Siapa si dia? Yes, finally dah boleh cerita kisah hidup yang bahagia berbanding yang duka ketika putus cinta beberapa bulan lalu. Terima kasih atas doa dan nasihat korang semua dalam entri-entri duka sebelum ini. Bila dah bahagia balik, baca entri sedih-sedih tu rasa macam nak muntah je la pulak. hehehe.

Semalam juga buat pertama kali dalam hidup, Khai nengok dua cerita kat wayang berturut-turut dengan si dia kat Berjaya Times Square KL. Cerita pertama bertajuk “The Proposal” dan habis je cerita tu, pusing balik masuk GSC nengok “Setem”. Seriously Khai baru dapat nengok setem ni. Dah 4 kali booking tiket tapi kali ni baru dapat nengok pun. Dan dua-dua cerita tersebut memang boleh dimasukkan dalam senarai cerita-cerita terhebat tahun ini yang wajib ditonton. Untuk yang belum nengok, Justin Timberlake (siapa dah nengok Setem tahu la apa yang Justin Timberlake nye. Hehe)

Sehingga saat entri ini ditulis, (more…)

Ditulis pada 14 August '09 oleh | 675 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 124 Respon

Happy Birthday Julia Elisha Sofea – 5 Tahun

Entri khas untuk insan bernama Julia Elisha Sofea. Semalam satu hari berpisah dengan awek. Laptop’lah siapa lagi. Apesal? Ntah saje suka-suka. Tak boleh? Hehehe. Tak la, semalam pergi celebrate birthday party anak saudara yang ke-5 kat Desa Pandan. Selamat Hari Jadi buat Julia Elisha Sofea. Dah 5 tahun dah anak saudara Khai yang ke-4 ni. Ingat lagi dulu kecik je dia sampai Khai nak dukong pun takut terpatah tulang budak tu. Maklumlah orang takde adik ni, memang surrender awal kalau suruh dukong budak kecik. Sekarang ni bila dia dah besar, pun Khai surrender nak dukong takut tulang Khai pulak yang patah nanti. Hehehe.


Elisha masa umur 1 tahun.


Elisha masa umur 2 tahun.


Elisha dengan Kak Shahs dan Am (Drummer Hujan) masa umur 3 tahun.

Kat bawah ni pula gambar birthday girl yang terkini. Dah 5 tahun pun usianya. Khai rasa umur 5 tahun memang dah agak besar lah sebab Khai sendiri masih ingat kenangan-kenangan masa Khai umur 5 tahun dulu. Bukan semua tapi gambaran tu masih ada. Korang boleh ingat lagi kisah korang masa umur 5 tahun dulu? Kalau tak ingat memang lemah ingatan atau mungkin, takde ape yang menarik la kot masa korang kecik dulu. Jangan marah haa.. hehe..

Semalam, (more…)

Ditulis pada 10 August '09 oleh | 2,348 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 61 Respon

Soalan Rabak Hujung Minggu Part 1


Entri ini sangat ringkas, tapi kalau boleh mahukan penjelasan panjang lebar dari korang semua. Khai tahu pembaca blog ni terdiri dari pelbagai lapisan. Ada cikgu, ada doktor, ada peguam, ada pekerja biasa, ada wartawan dan ada ramai blogger lain yang bijak pandai. Khai ada beberapa soalan yang dari awal sekolah menengah lagi dah buat Khai tertanya-tanya sampai sekarang. Ada soalan yang cikgu Kimia Khai sendiri pun tanya Khai balik, kenapa eh? Aduhai cikgu Kamariah ku sayang. Cikgu yang cikgu ke, saye yang cikgu ni? Rotan nak? Hehehe.

Soalan 1:
– Kenapa bila orang kerat dia punya urat nadi kat pergelangan tangan tu terus mati, tapi orang yang dilahirkan kudung kedua-dua belah tangan atau tangan terputus tetap boleh hidup. Biarpun sememangnya hidup tanpa nadi. Mengapa?

Khai dah ada jawapan untuk soalan 1 ni, tapi nak tahu jawapan korang dulu.

Soalan 2:
– Kenapa Bumi bila dilihat dari satelit, akan menampakkan Bumi ni berbentuk sfera dan bewarna biru serta hijau? Biru mewakili laut dan hijau mewakili daratan kan? Persoalannya, mana pergi langit yang bewarna biru tu? Nak kata angkasa, angkasa warna dia hitam. Bukan biru. Habis langit tu apa sebenarnya? Apa warna biru yang kita nengok dari bumi tu? Langit? Habis mana pergi langit tu bila dilihat dari satelit? Sigh~

Soalan 3:
– Soalan yang agak sensitif dan tak perlu dipertikaikan sebenarnya. Tapi harap tak salah sekadar ingin tahu. Kenapa air wudhuk terbatal bila kita buang angin? bahasa indah dia, kentut la kan? hehehe. Bila terkentut, kita kena ambil wudhuk semula. Basuh muka, tangan, rambut, telinga dan kaki. Kenapa tak basuh tempat kentut tu keluar? Khai tak tahu jawapan dia, tapi Khai percaya setiap apa yang Tuhan arahkan tu, adalah sebab yang tertentu.

Dan soalan yang terakhir – confirm korang pun tak boleh nak jawab adalah… (more…)

Ditulis pada 8 August '09 oleh | 4,463 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 144 Respon