Handphone Hilang =’(

Hurmm.. sedihnya.. menangis-nangis hati aku ni. Bufday dah la lagi 4 hari. Baru tadi, Handphone hilang plak. Malang betul aku hari ni. Tadi dah balik hostel ni, cari-cari handphone takde. Fikir-fikir balik aku rasa last aku pegang handphone tu masa kat lab. Ajak member aku yang sorang ni pergi campus naik motor. Ni baru je balik dari campus. Cari-cari dalam lab pun tak jumpa. Handphone aku ni boleh diketegorikan dalam ketegori lost in action kot. Selama ni aku just rasa kasihan je bila nengok kawan-kawan aku hilang handphone. Hari’ni hari aku pulak yerk yang rasa camana. Uh, betul-betul menyakitkan hati. Handphone tu aku beli guna duit sendiri dulu. Hasil dari titik peluh aku kat internet ni.

Asri nama member yang bawa aku pergi campus cari handphone tu. Kesian gak kat dia sebab dia dah mula kumpul-kumpul duit nak beli handphone aku tu sebab aku cakap kat dia tak lama lagi akak aku nak belikan handphone baru lepas aku trade-in handphone yang hilang ni. Tapi ape nak buat, dah bukan rezeki aku untuk jumpa handphone tu balik. Benda berharga kalau hilang memang susah la nak dapat balik. Habis’lah aku lost contact dengan mereka yang ada dalam contact list aku tu. Ucapkan selamat tinggal juga untuk 0172356014. Number paling lama pernah aku gunakan sejak zaman persekolahan lagi..

Aku berdoa semoga hati insan yang menjumpai handphone tu dibuka untuk memulangkan semula handphone tu kepada aku. Amin.. Bukan boleh jual atau pakai pun. Ada lock code.. Skang ni aku rasa buat semua benda tak kena. Rasa nak bad mood aje. Marah dengan diri sendiri sebab salah aku juga.. lalai sangat.. mungkin ni pengalaman paling buruk aku kot dalam tahun ni. Hope ada la sape-sape sudi belikan handphone baru ntuk aku. Hehe.. Rezeki datang dari Tuhan.. Dia nak tarik balik rezeki yang Dia kasi tu kot.. So aku redha.. kuat terdetik dalam hati aku ni, yang ini semua mempunyai hikmah’nya. hurmm =’(

Pssttt: To all my sis, kalau siang leh call number phone Nieza dan kalau malam, leh call number member orang (ade kat kakcik).

Ditulis pada 30 July '07 oleh | 2,350 views telah diterima.
Dalam kategori Daily craps, Special | Promo di Twitter! | 21 Respon

Lyrics Plugin – Mesti Pakai!

candy_pink_iiiiii_by_sohuiii-2.jpg

Tanggungjawab aku untuk mengundi menulis blog ini setiap hari kian susah untuk dilaksanakan. Memang aku sudah jangkakan perkara ini akan terjadi bila semester 4 dah bermula di Limkokwing University ini. Kegiatan harian aku kian berubah. Ianya ditambah pula bila aku sudah mempunyai seorang awek yang betul-betul aku sayang pada bulan March lepas yang juga satu faculty dengan aku. To-Do list aku kian padat dan aku tidak dapat lari daripadanya. Dikala orang lain sedang nyenyak tidur, aku masih berjaga. Sungguh segar rasa mata ini sebelum jarum jam menunjukkan tepat jam 6 pagi. Oh peliknya menjadi seorang ‘KHAI’..

Aku juga sekarang ni sudah menggilai Myspace. Kesian aku kerana awek aku baru sahaja delete myspace dia bila dia bengang dengan aku haritu dan seperti biasa, dia akan menyesal bila marah dia dah hilang. Hehe.. Kadangkala aku rasa Myspace itu tidak bermakna lagi tanpa dia tetapi aku lupa yang aku masih ada family dan kawan-kawan di sana. Yer, kini aku bahagia kerana dia sudi berubah sebab aku. ye.. memang aku bahagia sekali bila disayangi oleh orang yang kita sayang.. Aku yakin sekali yang ini adalah betul-betul cinta sejati aku. Tiada yang lain dan tiada apa dapat memisahkan. InsyaAllah kalau ada jodoh..

Kepala aku kini tenteram kembali. Baru tadi bangsa negro buat pesta kat Plaza depan sana. Mereka nak buat kat Limkokwing University, tapi pihak University tak luluskan permohonan bodoh mereka dan akhirnya, Kondominum ini menjadi mangsa. Food Court diorang dah modified jadi disko. Meriah gile dengan lampu warna-warni yang berpusing menerangi setara kondominium ini dan bunyi betul-betul buat telinga aku nak tercabut. Ikutkan hati, nak sahaja aku lempang sekor-sekor bangsa hitam itu, tetapi apakan daya, aku sedar jika aku dilempang oleh mereka, aku akan merana sepanjang hayat. Huuuu.. dan aku pelik kerana pesta mereka seperti tiada orang yang hadir kerana mereka menari dalam gelap yang membuatkan diri mereka hilang di dalam gelap. Negro la katakan..

Apa yang ingin aku updatekan kali ni ye.. Aku rasa lain sekali kerana aku membuat posting ini dalam bahasa skema. Terasa seperti mononton cerita P Ramlee. hah!! Sudah le.. malas aku!! hahaha.. Hurm.. aku nak kasitahu kau pasal Lyrics Plugin. Ianya sangat berguna untuk aku berlagak depan kawan kawan menyanyi apa apa lagu dengan lirik yang betul. Pernah kawan kau menyanyi bajet suara sedap depan kau tapi lirik lagu salah. Bodoh sungguh mereka itu. Suara dah la cam katak!

winamp-thumb.gifKau boleh gunakan plugin ini untuk Winamp atau Windows Media Player. Biar aku jelaskan sedikit dengan pendek tetapi kau mesti faham. Plugin ini akan diselitkan di dalam Winamp atau Windows Media Player kau yang membuatkan lirik akan keluar tanpa kau suruh. Kau klik je mana-mana lagu kau suka, lirik akan automatik keluar. Tak payah kau nak guna Google mencari lirik yang kau inginkan. Keberkesanannya aku lihat lebih kepada lagu english. Lagu melayu tu kau faham-faham sendiri la kan bukan semuanya ada tapi boleh la.. Banyak juga yang keluar..

mediaplayer-thumb.gifKenapa aku suggest’kan kau pakai ni? sebab kau tak perlu software lain seperti Evilyric lagi yang membuatkan pc kau berat. Dah la RAM kau sikit, berlagak macam power plak ye (terkena pada sesiapa yang kena. haha).. So ape tunggu lagi, download dan install then boleh la cuba try test (tiga ayat satu makna) bukak lagu sambil memekak menyanyi eksen kat kawan-kawan yang kau lancar semua lagu padahal kau baca lirik!! jahat la kau!!

WEB URI: http://www.lyricsplugin.com/

Ditulis pada 28 July '07 oleh | 1,561 views telah diterima.
Dalam kategori emp3 & Lyrics, Software, Web Promotion | Promo di Twitter! | 18 Respon

Kill Me Softly

tak_reti_reti.jpg

Untuk beberapa hari dah aku tak dapat nak upate blog ni. Banyak sangat halangannya. Beberapa hari lepas, aku tak boleh access domain Scukz.Com .. ada kemungkinan IP di blok oleh pihak Broadband.. tapi lepas aku email dia, esok je terus dapat masuk balik. Syukur betul.. Kemain lagi diorang. Aku bayar mahal-mahal, diorang suka suka nak kawal website apa aku nak masuk. Ntah ape ape..

Bila dah boleh access website ni plak, aku pula yang takde masa nak update. Busy siapkan assignment Business Plan untuk semester 3 lepas. Baru tadi aku present. Hurm.. aku puas hati coz penat lelah aku untuk beberapa hari ni dah terlaksana. Lecturer sampai tepuk tangan lepas group aku present. Group lain diorang buat muka bosan je. Haha!! Moga group aku dapat result yang power la.. Amin..

Hurmm.. satu yang baru aku perasan, rokok baru naik harga ye? takda la baru sangat, tapi aku nengok member-member aku kat hostel ni dah cukup banyak mengeluh sebab abis duit untuk rokok. Ye lah kalau dah sehari habis sekotak rokok (20 batang) RM8.20, kau darabkan sendiri dengan 30 hari. Kau yang tak merokok tak boleh nak salahkan si perokok ni sebab bangang abiskan duit untuk rokok. Cuba kau berada di tempat si perokok tu? Aku tahu camana rasanya menjadi seorang perokok sebab aku berani mengambil risiko menjadikan diri aku sebagai bahan ujikaji beberapa bulan lepas sebagai seorang perokok. Aku hairan dan aku ingin mencuba (kau jangan tiru aksi ini). Tidak aku nafikan, rokok membuatkan otak kau tenang, idea kau mencurah-curah mengalir dan menghilangkan rasa tekanan yang ada. Tapi itulah, kalau dah namanya rokok, kau mesti ingat yang duit kau juga mencurah-curah mengalir dan badan kau pasti binasa.

cigaratte_by_govind.jpg

Jika kau seorang perokok, ada kau amik tahu apa kandungan yang kau sedut hari hari dan setiap masa tu? Kau tahu tak lebih dari 4,000 kimia terkandung dalam asap rokok dan majoritinya adalah toksik (toxic). Tar, karbon monoksida dan nikotin adalah tiga bahan utama dalam asap rokok yang mengancam kesihatan terutama kerosakan sama ada melalui pertukaran gas atau sistem kardiovaskular (cardiovascular system). (more…)

Ditulis pada 26 July '07 oleh | 1,701 views telah diterima.
Dalam kategori Misc, Special | Promo di Twitter! | 26 Respon

zShare Free Hosting

zshare-free-image-video-audio-flash-and-file-hosting.pngStart hari ini, kau semua akan lihat aku kembali menulis untuk setiap hari. Ingat, jam berapa? setiap hari pada jam 1 hingga 3 pagi dan kau semua dialu-alukan untuk memberi komen di setiap entry kerana aku sangat suka membaca feedback dari pembaca. Tak susah pun.

Harini nak inform kau semua pasal zSHARE. Aku taknak buat lawak bodoh untuk mengatakan menda ni sejenis biskut atau kenderaan pulak kan. zSHARE adalah sebuah free hosting yang boleh digunakan untuk mereka yang masih belum ada hosting sendiri. Ianya sama sahaja seperti Turboupload mahupun Megaupload, tetapi ianya tidak bersyarat. Maksudnya, fail yang kau upload tu, takkan hilang jika tidak di download atau meng’had kan jumlah download untuk fail tersebut. Takdalah sampai 1000 upload je hilang fail tu. Poyo jerk ek? Ini bermaksud pada bulan ini, kau boleh berkongsi mp3 dengan awek kau dan bulan depan, kau masih boleh kongsi fail mp3 yang sama dengan awek baru kau? Playboy kau yer? hehe..

Kau boleh upload sebarang fail multimedia yang kau suka. File, Image, Video, Audio atau Flash? Suka hati kau lah. Hihi.. saiz’nya limit kepada 100 MB sahaja. Tapi nasihat aku yang naif ni, apa kata kau beli hosting sendiri yang pasti membuatkan kau lebih best berada di dunia internet ni. Kau boleh upload apa kau nak tak kirala saiznya 15 juta MB pun. Nak beli hosting pula bukan mudah! Kau jangan mudah terpedaya dengan harga atau status kepopularitian syarikat tersebut kerana nanti kau pasti tension bila kau dilarang meletak sebarang fail audio (mp3 dsb.) meskipun ianya hanya sekadar untuk koleksi persendirian kau. Apakah maknanya kau mempunyai hosting sendiri yang kau bayar tetapi kau masih perlu menggunakan free hosting seperti zSHARE ini untuk meng’upload sebarang fail. Inilah yang terjadi kepada kawan aku, ShadowX. Jadi aku nasihatkan, beli hosting yang bijak dari segala aspek. Hosting yang aku gunakan ini dari Cgyhost. Kau pasti tertawan.

Uniform Resource Locator (URL): just click zSHARE!

Pssttt: tired with Photobucket & Imageshack.. Lembap!

Ditulis pada 22 July '07 oleh | 1,031 views telah diterima.
Dalam kategori Web Promotion | Promo di Twitter! | 18 Respon

Flash Back!!

close-up-1.gif

What a great day today. 20 July 2007.. mean 20072007.. notice tak? Emmm.. Ada ke yang hari-hari masuk ke blog ni semata-mata nak nengok entry baru ke? Maaf’lah sebab macam yang kau tahu, aku still belum topup broadband kat hostel ni lagi.. (sape nak sponsor RM50 untuk internet aku? hehe) so tak boleh nak online hari-hari.. so sad la!! Semalam online ada happy sikit sebab buat 1st time cash out duit dari Advertlets. Akhirnya, Eligible juga akaun aku untuk keluarkan duit dari sana. Adalah dalam beberapa ratus dan inilah duit buat pertama kalinya aku terima selepas pertama kali mencubur diri dalam bidang online advertising ni.. sebetulnya, aku hanya suka-suka mengikut trend blogger lain. Sebelum ni nak join Google Adsense pun malas..

Ahhh.. buat masa sekarang ni kalau topup internet kat hostel ni pun, bukan boleh online sangat. Sebab banyak sangat assignment yang kena buat. Alhamdulillah, dah selamat dan tak sabar pun nak study kat subject yang ada di Semester 4 ni. Tapi assignment Semester 3 still belum present. Minggu depan kata lecturer.

Dalam masa yang singkat ni, Aku just nak flashback balik mana artikel panas-panas yang pernah aku tulis suatu ketika dulu. Mungkin ada antara kau yang masih baru dengan blog ini. Blog ini telah wujud sejak tahun lepas lagi dalam bulan Oktober. Macam-macam artikel yang dah aku carutkan di sini. Hehehe.. tinggal kau rajin nak baca atau tidak.. Paling penting, lepas baca, ambil’lah sedikit masa tinggalkan komen kerana aku memang ternanti-nanti feedback dari pembaca untuk artikel yang aku tulis tu..

** Windows baru akan dibuka bila tajuk di klik.

03-08-2006
Assignment Oh Assignment..

- Inilah artikel pertama yang aku tulis di blog keramat ini. Dan pada hari tersebut jugalah, adalah hari jadi aku yang ke-18. Post ini aku tulis di blogspot kerana pada masa itu aku belum tertarik untuk menggunakan wordpress. Dan post ini telah aku import masuk ke database blog ini pada bulan Oktober. Artikel ini hanya menceritakan tentang keluhan aku sebagai seorang pelajar University yang masih baru. “Dunia baru” la katakan.

30-11-2006
Windows Vista
(43 komen)
- Pada bulan November, aku bercadang untuk tidak lagi menjadikan blog ini sebagai Diari Online aku. So aku menulis sesuatu yang boleh dikongsi kepada semua. Aku menceritakan tentang Windows Vista dan telah mendapat sambutan ramai kerana masa itu, Windows Vista masih baru dalam kepala para penduduk di muka bumi Malaysia ini.

16-01-2997
Pengacara TV yang Memalukan..
(58 komen)
- Ini bukan tajuk asal post tersebut. Tajuknya sering diubah kerana post ini betul-betul mendatangkan pelbagai pendapat dari umum. Ada yang menyokong tulisan aku dan ada juga yang membangkang. Artikel ini berkisarkan tentang seorang pengacara TV yang tidak menghormati agama dengan berpakaian menjolok mata tanpa segan & silu. Terdapat juga post sebelum itu yang sangat kontroversi iaitu Anak Seorang Motivator (52 komen). Inilah post yang membuatkan hati aku tertanya adakah diri ini sesuai menjadi wartawan hiburan suatu hari nanti? heh!! tak mungkin’lah!

19-01-2007
Pendedahan Berani Datuk Siti Nurhaliza
(58 komen)
- Aku menulis blog ini dengan lebih berani. Kali ini aku menegur seorang artis paling popular di Malaysia ini pula. Aku mempertikaikan tittle Datuk tersebut dan juga mengenai pakaian beliau selepas bergelar seorang isteri dan Datuk. Aku betul-betul meluat!

04-03-2007
Scukz Cloner yang Melampau!!
(90 komen)
- Entry ini menjadi perhatian ramai apabila aku mempertikaikan kewujudan sebuah web portal yang banyak meniru idea yang aku turunkan di Portal Scukz.Com. Aku cuba menegur web tersebut secara baik, namun hasilnya, aku dihina dan difitnah dengan pelbagai cara dan aku bertindak drastik melalui post ini. Baik kau baca!

Cukuplah aku preview’kan beberapa entry ini sahaja. Kalau nak ditulis semuanya, memang tak larat. Jadi kau lihat di ruangan sidebar sebelah kanan ini, ada menu Archives dan kau boleh lihat semua artikel yang aku tulis mengikut bulan. Aku recommend’kan kau semua supaya ambil’lah sedikit masa baca semua entry tersebut. kalau rajin tu, kongsi pendapat sekali dengan cara mudah memberi komen di bawah setiap entry. Harapan aku dengan adanya preview ini, mampu membuat’kan kau membaca artikel-artikel yang sudah aku tulis sebelum ini. Percayalah, ianya BEST!!

Ditulis pada 20 July '07 oleh | 2,078 views telah diterima.
Dalam kategori Daily craps, Special | Promo di Twitter! | 13 Respon

Derma Air Mani?

Uwaa.. tension tension.. dah 3 hari tak online.. Sebab? aku still lom topup internet. Sekarang ni kan kat hostel. Kene topup RM50 dulu baru la boleh online. Duit plak tunggu family masukkan.. so sabar aje la.. dan aku menulis entry kali ini, menggunakan account internet Nieza.. Dia tengah sedap merayap kat IOI Mall tu, so ape kata dia kasi pakwe mithali dia ni pinjam jap.. Ngee.. Maybe Selasa atau Rabu ni baru topup kot. So boleh la update blog ni hari-hari macam sebelum ni.

Neway hidup dah mula busy. Tadi dah ade briefing & registration untuk semester 4. Dan kini aku boleh berbangga sebab bukan lagi belajar di College University sebab Limkokwing sekarang dah diiktiraf sebagai University sepenuhnya. Yeah!! i’m a siswa! Lol.. Neway dalam masa yang singkat pinjam internet awek ni, ape aku nak update yerk? kau nak ape? info kat bawah yang aku karang hampir 3 jam tu kau dah baca? baik kau baca.. insyaAllah, dapat la info sket sebanyak.. so lepas ni boleh la kau cerita kat member-member kau sedikit sebanyak apa yang kau dah tahu..

Ermm.. lama aku tak cerita pasal artis yer? so boleh tak nak ceria sikit? cerita pasal Erra Fazira dan aku confirm dapat rasakan yang Erra ni memang Playgirl. Dan maklumat yang aku dapat, dia bercerai bukan salah Yusry. So andaian aku Yusry penyebab penceraian mereka sebelum ni, terpaksa aku lupakan. dan before sebelum Erra khawin dengan Yusry lagi, Erra memang dah …… tapi Yusry memang bagus orangnya. Malas cerita banyak sebab satu Malaysia tak tahu hal yang aku tahu ni. Tapi maklumat yang aku terima dari Crew yang baik dengan Hans Issac ni, membuatkan aku tahu siapa itu Erra. [ada gambar sini]

Dan ini mengenai tajuk entry ini. Agak mengejutkan even fikiran aku memang cukup terbuka. Tapi ini memang dah terlalu terbuka untuk aku. Kau bayangkan, kalau kat Malaysia pun ada benca macam ni.. Keluar satu iklan khidmat masyarakat kat TV yang menyeru kau menyumbang sedikit air mani untuk yang memerlukan. What The Hell!!!!!!!

sdms101_01.jpg

Gambar lagi? .. (more…)

Ditulis pada 16 July '07 oleh | 58,004 views telah diterima.
Dalam kategori Breaking News, Weird/Funny Stuff | Promo di Twitter! | 3 Respon

Brands Headquarters #2

Ini adalah sambungan untuk siri post sebelum ini. Dalam Brands Headquarters #1 kita dah puas melihat bagaimana rupa Headquarters beserta sedikit info mengenai syarikat-syarikat besar yang sinonim dengan dunia perkomputeran & Internet, Kali ini aku akan sambung dengan syarikat-syarikat besar yang sinonim dengan dunia mobiliti pula.

Nokia

nokia_hq.jpgKau pakai handphone apa? Nokia? Sony Ericsson? Samsung? Motorola? Ah, Bosan lah kau ni.. kenapa kau tak support M-Mobile? Haha.. aku pun sama je tak support.. maybe next time! Tunggu M-Mobile setanding jenama Nokia. Huuu… Headquarters (HQ) Nokia Corporation terletak di Keilaniemi, Espoo, Finland. Ingat tu, Nokia produk keluaran Finland dan bukannya keluaran China (Chokia ye la Cina). Nokia ditubuhkan pada tahun 1865 oleh Fredrik Idestam. Kini Chairman Nokia dipegang oleh Jorma Ollila. Nokia mempunyai 68,321 orang pekerja. Slogan terkini Nokia ialah Connecting People.

Motorola

motohq.jpgSebelum nama Motorola digunapakai pada tahun 1947, ianya dahulu dikenali sebagai Galvin Manufacturing Corporation pada tahun 1928. Ramai penduduk dunia terutamanya Jepun menggunakan barangan berjenama Motorola. Headquarters Motorola Inc. terletak di Schaumburg, Illinois, USA. Diketuai oleh Edward Zander (CEO & Chairman), Motorola kini sudah menjadi satu jenama yang mantap dalam bidang telekomunikasi. Nama Moto diguna kerana kewujudan Motorola pada asalnya dahulu ialah di dalam bidang automotive. Syarikat ini mempunyai pekerja seramai 66 ribu (66,000) orang. Slogan untuk syarikat ini ialah “Hello Moto” dan juga “Intelligence Everywhere”. Oh ya, ada satu lagi iaitu “Saya Menang Moto” .. kwang kwang… (more…)

Ditulis pada 14 July '07 oleh | 1,170 views telah diterima.
Dalam kategori Brands, Mobile, Technology | Promo di Twitter! | 8 Respon

Brands Headquarters #1

headquartest-post.gif
Harini update blog awal skit. Belum pukul 12:04 minit pun lagi. Takpe la.. semalam dah ter’update lambat so harini, tebus balik la. Ok harini Khai nak review sikit (skit je tak banyak) mengenai Headquarters (HQ) untuk beberapa jenama yang popular di dunia. Kebanyakkan dari kita selalunya hanya tahu pakai tetapi sedikit pun tidak mahu mengambil tahu dari mana barangan tersebut datang. Ada seorang kawan aku haritu, sampai bertengkar-tengkar ngan kawan dia, tahu bertengkar sebab apa? yang seorang ni cakap jenama Samsung berasal dari England dan seorang lagi cakap Samsung berasal dari Australia. Dalam hati aku terdetik, “Bengong betul.. Samsung dari Korea la Ngok!” .. sorry bahasa kasar sedikit sebab itu hanya kata-kata yang lahir dari hati aku. Bukan aku luahkan. Jadi post kali ini, aku akan menerangkan sedikit-sebanyak tentang jenama-jenama popular yang berkait rapat dengan dunia perkomputeran.

Microsoft

800px-microsoft_building_17_front_door.jpgJenama ni kalau ada yang tak kenal, boleh lah hantuk kepala tu kat dinding. Headquarters Microsoft Corporation terletak di Redmond, Washington, USA. Ditubuhkan pada 4 April, 1975. Ini adalah sebuah company yang telah mencetuskan revolusi di dunia ini dengan adanya pelbagai jenis Operation System (OS) untuk kegunaan kau. Kau membaca tulisan ini pun kerana atas jasa besar Microsoft. Antara orang yang paling penting di dalam Microsoft seperti Bill gates (Chairman), Paul Allen (Co-Founder), Steve Ballmer (CEO) & Ray Ozzie (CSA atau Chief Software Architect). Barangan industry yang dijanakan oleh Microsoft terbahagi kepada 5 kategori iaitu Computer Software, Research & developement, Computer Hardware, Publishing dan Video games (PC dan XBox). Mempunyai pekerja seramai lebih dari 73 ribu (73000) sehingga kini. Slogan Microsoft buat masa kini ialah ‘Your potention, Our passion’. Ingat, Microsoft adalah product dari USA. Tidak dilupakan, Microsoft memang dibenci ramai kerana harganya yang terlalu mahal dan kerana itulah, nama Microsoft telah diubah menjadi Micro$oft.

Red Hat

redhat.jpgHeadquarters Red Hat Inc. terletak di Raleigh, North Carolina, USA. Ditubuhkan pada tahun 1993. Tentu ada yang mungkin baru pertama kali tahu tentang brand ini. Red Hat adalah sebuah company yang banyak membina open source software (applikasi sumber terbuka). Antara yang paling terkenal ialah GNU/Linux OS dan Unix US. Antara mereka yang mentadbir Red Hat ialah Matthew Szulik (Chairman & CEO), Bob Young & Marc Ewing (2nd Founder). Red Hat hanya menumpukan sepenuhnya kepada Computer Software Industry. Mempunyai pekerja seramai lebih 2200 orang sehingga kini. Alamak! Mereka tiada slogan la. Huuuu…. biar aku cadangkan mereka satu slogan. Bagaimana kalau slogan mereka ‘cat in the hat’. Ok tak? lol..

Mozilla

mozillaheadquarters.jpgHeadquarters Mozilla Corporation terletak di Mountain View, California. Kerjasama ini ditubuhkan pada tahun 2005. Mozilla bukanlah satu jenama asing lagi bagi kita semua selaku pengguna internet seharian. Mozilla amat sinonim dengan internet browser paling kool masa kini, Firefox. Kau pakai browser ape? Internet Explorer? gile kau!! cepat tukar Firefox! Mitchell Baker (President) adalah ‘key people’ bagi syarikat ini. Antara product cam best yang telah dihasilkan lebih 60 orang pekerja mereka adalah seperti Firefox, Thunderbird, Kondom, Sunbird, Chatzilla dan macam-macam lagi. Eh, Kondom? (more…)

Ditulis pada 13 July '07 oleh | 1,409 views telah diterima.
Dalam kategori Brands, Technology | Promo di Twitter! | 19 Respon

Macam-Macam Khai #2

kldowntown.jpg
Tak Larat.. Mungkin penat kerana baru balik dari Downtown. Shopping sikit sebab lagi 3 hari aku akan balik ke Cyberjaya menyambung pengajian untuk Semester ke-4. Apapun, aku dah janji dengan diri aku sendiri nak update blog ini secara konsisten hari hari. Sekarang pun dah pukul 3:51 pagi dan secara tidak sengajanya, aku telah melanggar janji untuk mengupdate blog dari jam 1 hinga 3 pagi setiap hari. Tidak mengapalah.

Tadi aku bersama 2 orang akak, Elisha dan abang ipar ke KL Downtown. Kau tahu tempat tu? Di Bandar Tun Razak, Cheras.. dari Ampang mengambil masa dalam lebih kurang 13 minit 23 saat. Berbekalkan duit beberapa ratus yang di’bank-in abah kesayangan aku, hari ini aku joli sakan. Melambak-lambak baju baru aku beli. Seluar Jeans adalah sehelai (Jeans pertama dalam hidup aku sebab aku adalah anti Jeans), Perfume dan beberapa barang keperluan lagi. Terkejut mengapa ini Jeans pertama aku? Aku memang bukan dilahirkan untuk menjadi penggemar seluar Jeans. AKu beli semua ni pun, atas permintaan si dia dan aku rasa menjadi tanggungjawab aku untuk menyenangkan hati dia. “Dia” tu kau pun tahu siapa kan.. Siapa lagi kalau bukan gadis ayu berbaju kuning yang melekat header blog ini. Aku juga ada belikan sesuatu untuk dia. Apa bendanya, aku tak boleh kasitahu sebab dia hari-hari masuk blog ni (spy pakwe dia) tetapi yang pastinya ianya berwarna PINK… I like it dan aku berharap dia juga suka..

khai-blog-stat.gifYayy!! Alhamdulillah. Unique Hits untuk blog ini semakin hari semakin meningkat. Untuk 12 July (hingga pukul 4:30 pagi) pun sudah ada 55 kunjungan. Terima kasih untuk kau dan semua pungunjung lain. Kau tahu kenapa aku suka bila orang masuk ke sini? terus terang aku katakan, takda langsung niat aku untuk mendapat apa-apa keuntungan semasa ber’blog. Iklan di blog ini? Sekadar mengikut trend sesama dan Aku ber’blog hanya sekadar melepaskan nafsu menulis aku dan ianya hobi aku. Aku ikhlas untuk memberikan apa-apa sahaja pengetahun dan informasi yang aku ada. Untuk pengetahuan kau, rakan blog aku lebih ramai dari rakan di dunia realiti aku? Kenape? Tak percaya yeh? hehe. Header kat atas tu OK tak? Sebut pasal header blog ni, saja aku design suka-suka dalam masa 9 minit 14 saat pada pukul 4 pagi semalam (Memang tabiat aku untuk tidur jam 6 pagi dan bangun jam 9 pagi). Siap ada dialog lagi kan?.

Pagi-pagi lagi aku dah dapat PM oleh sahabat karib pasangan kembar tu, Fatin atau Pat yang juga pelajar Limkokwing. Dia meminta agar aku memasukkan sekali gambar dia dan juga Tina ada di banner itu. InsyaAllah aku akan letak tapi tak tahu bila. Nengok Mood lah! Dan kalau kau nak tahu, pagi-pagi buta juga aku dah kene marah dengan wanita yang berbaju kuning tu. Ini adalah kerana dia tak suka dengan satu perkataan kat atas tu dan aku pasti, kau pun tahu apakah ayat yang dimaksudkan itu. Dia risau orang akan ingat aku betul betul seorang lelaki homoseksual. MasyaAllah, aku harap tiada siapa yang memandang serong dengan aku hanya kerana signifikan akan warna Pink. Pink atau Merah Jambu adalah salah satu keindahan warna yang patut kita hargai. Ianya sekadar warna. Sepertimana juga Ungu. Pink juga adalah Air Bandung iaitu satu daripada minuman kegemaran aku.

Ahh!! Badan aku dah mula rimas kerana bila jam hampir jam 5 pagi, inilah waktu kegemaran aku untuk mandi. Alamak! baru ingat sambungan air ke rumah akak aku baru sahaja di potong petang semalam. Bukan kerana tak bayar tapi gara-gara akak aku ni lupa nak check bil air dalam peti surat untuk beberapa bulan. Kelakar tak? Itulah orang KL, pagi petang kerja sampai terlupa periksa peti surat. Aku hanya mampu senyum sendiri. Tidak mengapalah, aku ada tiga akak di sini. Perlukah aku ke’rumah akak yang lain untuk mandi nanti atau mandi lagi 3 hari lagi di hostel? nanti aku fikirkan. Haha.. Terima kasih kerana membaca sampai ke sini. Maaf hanya Crap dari aku semata-mata. Mungkin esok baru aku share sebarang info. ‘stay Tune’ dan jadilah pengunjung dan komenter yang setia. SalamX!

Ditulis pada 12 July '07 oleh | 984 views telah diterima.
Dalam kategori Daily craps | Promo di Twitter! | 21 Respon

Spot & Win Contest. Jom bercuti bersama?

khai-exabytes-spot-win-contest-2007.jpg

Aku sangat berminat dengan sebarang pertandingan seperti ini. Kalau tiada pertandingan seperti ini, alamatnye, tunggu KLCC ditambah lagi 20 tingkat pun, belum tentu aku akan ambil tahu. Petang tadi, aku ke blog Azmie, dia ada review pasal contest dari Exabytes ni iaitu Spot & Win. Bagus betul Exabytes ni kan. Ada saja cara untuk membuatkan orang masuk ke website mereka dan mungkin akan tersangkut dengan mana-mana pakej hosting di sana. Berbalik kepada contest ini, ianya nampak mudah tapi telah membuatkan mata aku dan Azmie berpinar-pinar. Hasilnya, setelah hampir 1 jam, kami berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul dan tepat. Siap ada bukti lagi dengan lambakan gambar-gambar di internet ni.

Aku tahu kau dapat mengenali beberapa tempat dalam gambar tu, tetapi pasti ada satu atau dua tempat yang kau tidak cam. Kerana aku telah lalui semua itu semalam.. Jadi, superhero KHAI akan membantu kau untuk menang hadiah yang best-best.. (more…)

Ditulis pada 11 July '07 oleh | 801 views telah diterima.
Dalam kategori Contest | Promo di Twitter! | 21 Respon