Hi all.. Selamat kembali ke JustKhai.Com.. rindu gila dengan blog ni. Terlalu banyak juga untuk Khai ceritakan termasuklah mengapa blog ni tak dapat korang masuk hampir seminggu. Ramai yang SMS dan PM khai di Yahoo Messenger bertanya akan masalah yang menimpa blog ini. Kak Lea juga hampir tiap hari SMS Khai marah kenapa blog Khai tak boleh di access. Sorry ye Kak. Hehe. Oh, ada yang lebih penting untuk Khai kongsikan apa lagi kalau bukan Yamaha-125zR yang Khai idam-idamkan sekian lama tu.
Bandwidth Limited Exceeded
Bermula dari minggu lepas, blog ini tidak dapat di’access dek kerana bandwidth yang habis tidak sampai setengah bulan. Tak tahu bandwidth tu apa, sila rujuk Wikipedia. Xtudent Hosting Plan yang Khai beli dan dibayar oleh Syia ternyata tidak mampu menampung hit yang melebihi 500 Unique Hits sehari menurut Analytics dari Nuffnang.
So Syia yang menjadi penaja blog ni telah memindahkah JustKhai ke dalam pakej lain yang diberi nama Ebiz Plus Linux dari Exabytes . Pemindahan ke dalam server baru ni memakan sedikit masa dan kerana itulah, agak lama blog ni berehat. Hurm, kalau ada yang masih bertanya mengapa Syia ingin sponsor Khai, jawapan dari gadis cantik manis itu sendiri sangat mudah iaitu dia suka baca blog Khai ni. Even simple tapi sangat seronok di baca. Puas hati? Syia juga dalam proses beralih ke wordpress dengan berdomainkan dot com. Nantikan saja.
What about Scukz.Com?
Mengenai Scukz pula yang hampir sebulan down, Khai tak mampu berkata apa-apa. Mereka yang bertanya, bukan sengaja tidak Khai balas, cuma Khai malas nak ingat pasal Scukz. Bertapa sakitnya hati. Nasiblah blog ini dah dikeluarkan awal-awal dari server Scukz. Tidak keterlaluan Khai katakan, Khai sendiri sudah anggap CGYhost tidak wujud lagi. Mungkin juga sudah gulung tikar. Apa tidaknya, staff diorang sendiri pun tak tahu ape yang dah jadi dengan CGYhost. Gaji pun tak dapat dengar cerita. Main website CGYhost juga tidak lagi dapat diaccess. CEO’nya si Yazrie, Tuhan saja yang tahu mana dia pergi. Apalah salahnya beritahu melalui email kepada semua user mereka. Jika bankrup pun, biarlah secara terhormat. Hurm, jika benar CGYhost telah terkubur, ini kali kedua Khai ter’kena macam ni. Hampir Dua tahun lalu pernah juga kehilangan seluruh website tanpa ada sebarang backup. Khai bangun dan bina kembali Scukz tu, tapi jadi lagi macam ni. Tapi nasib baik, kali ni Khai sempat backup segala database yang ada termasuklah forums dan register user. Kalau tidak melopong la nampak gayanya. So seperti semua tahu, Scukz berdiri kukuh dengan bantuan sponsornya selama ini. Hilangnya CGYhost menjemput mereka yang berhajat ingin men’sponsor’ forums Scukz untuk menghubungi Khai.
Yamaha 125zR New Edition
Haha, ini bukan gambar hiasan atau gambar motor sebarangan lagi. Ini adalah motor Khai. Yup, mine! Sebuah motor idaman yang dah Khai impikan dari di tingkatan 3 lagi. Motor yang sering Khai sebutkan dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Yatie dan Abg Fird kerana bersusah payah melalui prosedur pengeluaran motor yang menjengkelkan. Tidak Khai lupa, Kak Lea yang kasi Khai N73 tu sekali lagi memberi bantuan duit untuk Khai dapatkan sebuah Y-125zR. Terima Kasih Kak Lea. So 16 Februari lepas, dah selamat WQX 7709 tu sampai di Cyberjaya dan selamat juga berulang-alik dari hostel ke Limkokwing University. Bus? apa itu? haha.
Nak nengok gambar motor baru yang lain, Khai dah upload’kan di Myspace. Komen la ye. Klik di sini.
Khai penat.. masih mencari feeling untuk ber’blog. Tunggu saja entri akan datang. Salam..
Alahai. Wanita zaman sekarang ni. Kalau dulu susah sangat nak nengok wanita bergaduh tapi sekarang ni tak susah dah. Kalau tak gaduh dari segi fizikal, diorang suka main psycho sampai Khai pun naik jelak.. Kalau dulu kaum lelaki sering memperlekehkan wanita dengan mentaliti “gaduh tarik rambut”, tapi zaman sekarang dah berubah. Memang betul’lah, kaum wanita sekarang mampu melakukan apa sahaja yang lelaki lakukan. Sepak terajang ala-ala Jacky Chan dan tumbuk-menumbuk ala-ala Jet Li, mampu mereka lakukan bahkan, Wanita kencing berdiri juga bukanlah satu perkara yang luar biasa lagi. Ya, memang kalian (kaum wanita) boleh meniru sang lelaki even kencing berdiri sekalipun, tapi ingatlah, bila dah berumah-tangga nanti, agaknya kat mana syurga korang dan kita sedia tahu, Hawa itu sendiri dijadikan dari tulang rusuk nabi Adam. Cuma tulang.. Wanita memang takkan setanding lelaki dalam apa cara sekalipun.
Baru-baru ni, Malaysia digemparkan pula dengan pergaduhan pelajar sekolah di Terengganu yang ternyata ilmu mereka masih di tahap lutut. Kalau mereka kata mereka bijak, sah otak mereka diletakkan di lutut. Heh! Kalau pergaduhan pelajar lelaki tu, taklah heran mana, tapi bila pelajar wanita yang bergaduh sambil digelak-tawa sang lelaki, itu perlu diherankan. Apa motif telur-telur yang ada di situ? telur tembelang? Bila Khai nengok video ni, rasa kelakar tu memang ada. Rasa geram pun ada sampai rasa nak masuk dalam LCD then sembelih sekor-sekor. Alasan pergaduhan kerana merebutkan seorang lelaki bernama Judin. Apa Judin tu muka macam Tom Cruise ke ape? Nama pun dah macam syial! Wahai wanita, kami kaum lelaki tahu yang wanita jauh lebih ramai dari lelaki. Tapi jangan risau kerana ramai lelaki bodoh dah jadi Gay sekarang ni, so memang cukup punya untuk korang. Hahaha. So tak perlulah nak rebut-rebut’kan seorang lelaki lagi-lagi di usia budak-budak sekolah hingusan. Cinta-cinta monyet yang tak ke mana bahkan merosakkan diri..
Video ini mendapat liputan di Harian Metro/Kosmo hari ini (11 februari). Entahlah, siapa rasa tu anak dia, sila masukkan kepala anda ke dalam lubang jamban kemudian flush sambil tersenyum.
** Tempat diorang gaduh… 😛
Ini untuk google: malaysia girl fighting, pelajar wanita bergaduh
Advertlets kata:
Payments cycle are at the end of every month. Please note that payments are processed 30-45 days from the end of the month which you cashed out.
Korang boleh lihat janji di atas dalam page “earning” dalam akaun Advertlets. Tapi apa yang terjadi pada Khai dan mungkin ratusan pelanggan Advertlets mungkin seperti gambar di bawah.
Apa yang menjadi tanda tanya di sini, 4 kali Khai membuat pengeluaran pada bulan November. Jika sekarang dah sampai bulan Februari, ini bermakna sudah 4 bulan berlalu tanpa menerima sebarang cek dari Advertlets. Mengapa Adverlets hanya pandai cakap tapi tak serupa bikin? Semuanya unpaid! unpaid! unpaid! dan unpaid!!!!
Mengapa Advertlets hanya mendiamkan diri tanpa sebarang alasan? jika perlu, mengapa tidak emailkan kepada kami menyatakan apa sebenarnya yang menyebabkan payment lewat dilakukan? Seperti yang korang nampak kat blog Khai ni, iklan dari Nuffnang sudah mula menempatkan diri. Mungkin juga Khai perlu cuba Nuffnang Glitterati dan menerima sumbangan lumayan dua kali ganda seperti beberapa blogger yang lain selagi menanti “hutang” Advertlets yang makin beranak pinak dibayar. Agak kecewa sokongan yang diberikan kepada Advertlets, di balas dengan gaya begini. Emas yang kita beri, Tahi yang kita dapat. Bukan Khai tak pernah email kepada mereka bertanya mengenai hal ini, tapi agaknya, mereka tak jumpa button reply!! Dan entri di blog menjadi penyudahnya.
Kalau korang juga mengalami masalah yang sama, nyatakannya di sini kerana Khai pasti Josh Lim mahupun team Advertlets pasti akan masuk ke blog ini dan bersuara. Itu yang selalu mereka lakukan. To Advertlets, please jangan buat begini pada blogger yang menyokong anda. Khai cuma takut suatu hari nanti, jikalau’lah Advertlets hilang dari dunia maya ini, duit kami pun hilang begitu saja. Sangat sia-sia dan menyedihkan. Please wakeup Advertlets. We Watching You!!