
Salam guys. Post ni actually untuk budak-budak bawah 15 tahun. Kalau korang yang dah tua (haha) tu pun rasa nak baca, why not kan? Nanti boleh share dengan adik-adik ke, anak-anak ke atau mungkin isteri muda wannabe? Wohha! Nak isteri muda sila bela dari kecik kata orang. Hehehe. Yang perempuan toksah sibuk nak bela-bela budak lelaki. Apa kes perigi cari timba.
Entri ni pendek je (mudah-mudahan). Bila dapat tahu esok lusa budak-budak PMR nak amik result dan tak lama lagi budak-budak SPM pulak, rasa kesian diorang ni bila sakit jiwa nak tunggu result ni keluar. Habis frust menonggeng. Baguslah kalau ada rasa risau tu sebab korang bukan saja risau sebab takut kena maki dengan mak ayah, tapi juga sedar betapa jauhnya masa depan yang harus korang lalui lagi.
Tapi selalunya mereka yang risau ni, kebanyakkannya dah terlambat. Baru menyesal kenapa sebelum ni aku tak belajar betul-betul. Bila mak ayah letak harapan yang tinggi nak tengok result, baru korang nak menyesal. Dulu time cikgu ajar korang tidur atau lebih palat lagi, korang panjat pagar belakang sekolah. Bajet gangster lah tu buat macam tu? Time korang sekolah, korang rasa la macam gangster. Nanti bila dah besar korang nengok budak-budak sekolah pulak buat macam tu, kerat jari kalau korang tak rasa macam nak sepak je sekor-sekor. (more…)
Ditulis pada 22 December '09 oleh KhaiHassan | 1,351 views telah diterima.
Dalam kategori Motivasi | Promo di Twitter! | 115 Respon

Salam Tahun Baru buat semua pembaca Justkhai dan Oh! Media yang beragama Islam. Kalau tahun baru masihi kita boleh pasang azam baru seperti nak ada kerata, nak kahwin, nak lebih kaya, nak jadi lebih kacak or whatsoever, bila tahun baru Hijrah ni apa kata kita pasang azam yang lebih ke’arah akhirat sikit? Contohnya taknak tinggal solat, nak menikah instead of bawak anak dara orang kehulu-kehilir (awek la tu) atau apa sahaja yang lebih baik. Pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya ni. Haha!
Ok slot Khai membebel macam seorang ibu beranak 10 (semua lelaki pulak tu. Sigh~) kali ni bukan lagi pasal disebalik tabir seorang blogger. Nanti bosan pulak pembaca Justkhai yang tak heran langsung pasal blog. Ada juga orang yang rajin layan lambakkan blog kat internet ni tapi langsung tak minat untuk ada blog sendiri kan?
Khai pelik lah. Kepada korang yang beragama Islam pernah tak nengok artikel-artikel di blog lain atau di Facebook sebagainya dengan artikel yang menghebohkan tentang penghinaan agama Islam? Contohnya letak gambar, video atau sebagainya yang boleh mendatangkan ketidak-senangan kepada penganut agama Islam yang melihatnya? Khai selalu perasan dan kalau sempat Khai tegur. Kenapa Khai rasa bertanggungjawab nak tegur? (more…)
Ditulis pada 19 December '09 oleh KhaiHassan | 3,109 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa, Motivasi | Promo di Twitter! | 95 Respon
Ini adalah kesinambungan artikel Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1. Baca part 1 dulu baru lebih kool untuk part 2 pulak. Hehe.

Di part 1, Khai ada tulis mengenai pengalaman Khai sebagai Full Time Blogger ketika ini. Ya di masa depan kita tak boleh ramal apa yang dah ditentukan Illahi. Jauh lagi perjalanan hidup Khai yang harus dilalui itupun kalau masih diizinkan untuk bernafas. Nak sambung study pun tak tercapai lagi ni. Entah mana melayang mood study yang kemain berkobar-kobar sebelum ni. Sigh~
Artikel kali ni mukadimah pendek je. Jadi Khai teruskan je la dengan part 2 yang akan menyentuh sedikit mengenai dunia pengiklanan. Kita semua tahu, website popular contohnya Google, Yahoo dan Facebook boleh memberi perkhidmatan kepada umum tanpa sebarang bayaran dari pengguna. Jadi dari mana pulak la kan mereka tu dapat cover balik modal bulanan website yang semakin hari semakin meningkat? Jawapan utamanya adalah dari pengiklanan. Totally from advertising! (more…)
Ditulis pada 15 December '09 oleh KhaiHassan | 4,964 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai, Pendapatan | Promo di Twitter! | 151 Respon