Ada apa dengan iMac?

Kalau korang dah lama baca blog ni bertahun-tahun, tentu lebih banyak tahu Khai dulu dan sekarang. Dulunya memang sangat-sangat bencikan Apple tapi sekarang dah berubah. Semua ni jadi bila Khai dapat rasakan yang produk Apple ni memang betul-betul kena dengan diri Khai. Apapun tak perlu Khai nak cerita lagi, mungkin yang belum baca tu boleh baca artikel Khai yang lepas bertajuk Persepsi aku pada Apple dan ProduknyaPart 1 & Part 2. Cerita selalu pun orang menyampah pulak nak baca. Hehe.

So bermula dengan Apple Macbook Pro, kemudian dengan iPhone 4 dan iPod Nano, terus dengan iPod Touch, iPad dan iPad 2, dan baru-baru ini dengan iMac pula. Alhamdulillah semua produk Apple dari bawah sampai atas semua Khai dah dapat rasa dan ada antaranya dah pun Khai jual seperti iPad (sebab dah beli iPad2) dan iPod Touch (sebab dah ada iPhone 4). Mac Pro yang harga RM18,000 tu je tak beli. Power memang super power tapi harga dia boleh buat orang muntah darah dan yan paling penting, keperluan masih tidak memerlukan.

Khai sebenarnya suka menghasut orang lain terutama yang bencikan sangat dengan Apple ni untuk cuba sendiri kerana Khai dulu juga seorang yang amat bencikan jenama Apple ini. Dari tak suka lama-lama terus jadi suka dan Khai suka untuk kongsikan perasaan dan persepsi Khai pada jenama ini.

Dari seorang pembenci Apple, hari ini here i am. Menggunakan sebaik-baiknya segala device yang ada ini untuk memudahkan kerja untuk memajukan diri. Ini Khai gelarkan sebagai pelaburan diri. Target Khai untuk menjana pendapatan berganda selepas memakai Macbook Pro dulu, benar-benar menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Selain diri kita kena rajin dan berdisiplin, device yang kita gunakan memang sangat penting untuk memastikan device yang kita gunakan benar-benar berkuasa sepadan dengan keinginan dan kemampuan kita untuk melakukan sesuatu. Jadi fikir-fikirkanlah. Dan kalau bukan Apple ini betul-betul baik, tak mungkin Oh! AppleMY menjadi sebuah web di bawah naungan Oh! Media. Hehe.

Oleh kerana ini adalah artikel pertama yang Khai update menggunakan iMac, jadi tak salah kalau Khai nak berkongsi sedikit maklumat dan gambar mengenai Apple iMac ini kan? Sila teruskan baca jika berminat ya.

Khai beli iMac ni pada 24 Julai 2011 di Mac Studio, Plaza Low Yat dengan harga RM5299. Oleh kerana barang kita beli ni agak tinggi harganya dan memang nak pakai lama, jadi carilah duit lebih sedikit dan belilah yang benar-benar berkeupayaan tinggi. Ini kerana dari hari ke hari, kerja kita akan menjadi semakin berat dan dari hari ke hari, kerja kita akan memerlukan device yang hebat untuk dijalankan. Bagi Khai amat tak bijak kalau kita beli hari ini, hanya untuk apa yang kita lakukan hari ini. Sama macam beli seluar, jangan beli yang muat-muat sahaja. Beli besar sikit kalau kita rasa badan kita makin membesar.

Kemudian, (more…)

Ditulis pada 26 July '11 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Apple, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 71 Respon

Saya sayang Chickenpox

Tajuk macam nak lempang diri sendiri je! Haha. Disaat kitorang tengah buat-buat sibuk untuk renovate office Oh! Media, boleh pulak aku sebagai mastermind diserang Chickenpox! Habis tertunda segala perjalananan office yang telah dirancangkan. Tapi takpelah, mungkin ini dugaan. Allah beri awal-awal sakit macam ni sebelum aku benar-benar terpaksa buat-buat sibuk nanti. Setiap kali aku kena sebarang penyakit, ianya membuatkan aku sedar tentang bertapa kerdilnya aku di sisi dia dan betapa banyak dosa aku di sisinya. Sakit inikan memadam dosa lampau kita.

Ini hari ke 4 aku di kampung. Di sinilah dulunya dunia kecil aku. Tempat aku jatuh bangun, dibuli dan membuli. Di sini tiada apa lagi yang istimewa kecuali ada dua insan yang paling aku sayang. Bila kena demam macam ni, memang membuatkan aku semakin rindu untuk ke sini menikmati udara yang amat segar dan menikmati kasih sayang sepenuhnya insan yang dipanggil ibu dan bapa. (more…)

Ditulis pada 19 July '11 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 53 Respon

Sekitar event Coway di Sunway Lagoon

Nampaknya dah 4 hari blog ini sunyi tanpa update. Gagal akhirnya misi peribadi untuk 1 hari 1 update di blog ini. Apa nak buat. Kalau nak tahu, dalam masa 4 hari ni, memang agak sibuk dengan urusan peribadi dan urusan untuk setup sepenuhnya office Oh! Media. Ke Lowyat beli beberapa biji komputer, kemudian ke Ikea untuk beli perabot-perabot yang dirasakan sesuai dan dalam masa yang sama sempat lagi curi masa untuk datang ke event-event yang wajib untuk Khai cover.

Hari Sabtu baru-baru ini iaitu hari yang sama dengan hari berlangsungnya Perhimpunan Bersih, Khai dijemput untuk sebuah event di Sunway Lagoon. Event ini dianjurkan oleh pihak Coway bagi melancarkan secara rasmi Coway Spa Water Softener dan juga melangsungkan Family Day mereka. Mengapa Khai dijemput? kan baru-baru ni Khai ada gunakan Water Softener mereka so automatik jadi ahli keluarga mereka. Hehe. Syok betul badan mandi air bersih ni. Selama ni air berkarat dan penuh klorin main bantai je mandi asalkan mandi. Sekarang baru nak tersedar. Ok la sebelum terlambat kan?

Khai dan beberapa krew Oh! Media lain, pagi-pagi lagi dah bergerak menuju ke Sunway Lagoon sebab kami tahu kalau lambat-lambat mesti jalan jem nanti. Maklumlah hari tersebut adalah hari yang akan masuk ke dalam buku sejarah anak cucu kita nanti. Sampai ke Plaza Tol LITRAK, baik punya roadblock panjang berjela-jela. Dari bersepah-sepah lane (bayangkan kat tol) tu, keluar je tol terus jadi 1 lane. Gila frust menonggeng. Dah la drive kereta gear manual. Yeah, ambik! (nyesal aku ambik lesen. hehe). So terperangkaplah dalam satu jam dalam jem tu. (more…)

Ditulis pada 13 July '11 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Advertorial | Promo di Twitter! | 22 Respon