Petang tadi bertempat di Midvalley, krew Oh! Media sempat menge’had’kan masa kami yang padat untuk menonton filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey (DDR) yang dikatakan oleh para media “Indah Khabar dari Rupa“. Ingin mengetahui sejauh mana kebenaran itu, jadi kami pun pergilah menonton untuk berkongsi kenyataannya dengan seluruh pembaca Oh! Artis.
Filem ini terlalu hebat penangannya biarpun belum sempat dikeluarkan. Bermula dengan poster filem 2 Alam yang menciplak poster dari filem Hollywood, Exorcist dan berterusan dengan target-target tak masuk akal Dr Rozmey. (more…)
Ditulis pada 19 November '10 oleh KhaiHassan | 6,603 views telah diterima.
Dalam kategori Hiburan | Promo di Twitter! | 133 Respon

15 November 2010, bermulalah satu langkah baru dalam hidup Khai. Berpatah arah dari tukang kipas Microsoft Windows kepada Apple Mac OS X. Bermula dengan jumpa seorang teman lama di The Gardens, dan kemudiannya keluarkan hint di live blog bertajuk “I smell something here!” dan selepas live blog di keluarkan, bermulalah proses jual beli sebuah Macbook Pro di Machines, Mid Valley Mega Mall. Dan ini adalah artikel pertama yang ditulis menggunakan Macbook Pro. Another epic episode for me and this blog!


(more…)
Ditulis pada 16 November '10 oleh KhaiHassan | 5,396 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 116 Respon

Salam guys. Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir untuk Khai menulis review mengenai Nokia N8 seperti yang diarahkan oleh pihak Maxis, maknanya ini juga adalah entri yang terakhir untuk review Nokia N8 ini berlangsung di Justkhai ini. Dalam entri ini, Khai akan rangkumkan semua perkara yang Khai tak ceritakan dalam entri sebelum ini.
1. Ovi Navigation/Maps/GPS
Benda ni paling penting dalam dalam setiap smartphone kerana zaman sekarang, dah takde siapa nak sesat lagi untuk pergi ke mana-mana. Khai sendiri kalau ada member call tanya “eh Khai, camne nak pergi sana ye? Masuk kanan, kiri then lepas tu?”. Khai pun memberikan jawapan mudah iaitu “bro, phone ko kan ada GPS? lol”.
Untuk semua smartphones terkini keluaran Nokia, semuanya sudah dilengkapi dengan GPS dan Maps. Memang korang tak perlu susah payah nak install Garmin GPS (berbayar) lagi. Korang beli smartphones Nokia je, dah tersiap sedia Ovi Maps yang percuma! Berikut adalah antaramuka Ovi Maps yang diperlihatkan.

Lagi gambar.. (more…)
Ditulis pada 12 November '10 oleh KhaiHassan | 1,974 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget, Review | Promo di Twitter! | 51 Respon