Menarik gila promosi Jom Jimat 2 Serverfreak ni!

Salam guys!

Artikel ini Khai keluarkan tanpa sebarang bayaran dari pihak Serverfreak tetapi sekadar ingin berkongsi pada mereka yang berminat untuk mempunyai blog sendiri tetapi bingung memikirkan caranya. Hari ini, pihak hosting Serverfreak telah mengeluarkan promosi JOM JIMAT yang ke-2. Jom kita nengok apa yang menarik.

Ini adalah promosi kepada blogger baru yang paling dasyat sebenarnya pernah Khai lihat. Free domain, free template dan free setup pada harga RM80 sahaja. Kalau korang tak tahu, harga RM80 tu baru cukup untuk korang beli hosting. Itu pun hosting paling cikai dan TIDAK termasuk dengan domain, template percuma yang cantik dan setup blog engine yang percuma.

Domain PERCUMA, Template Blog PERCUMA, Design Banner PERCUMA, Design Background PERCUMA dengan setiap belian Pakej Hosting WordPress 2GB pada RM80 setahun sahaja!

(more…)

Ditulis pada 8 December '10 oleh | 1,579 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 33 Respon

Di mana Justkhai yang dahulu?

Salam guys. Dari dulu lagi Khai dapat email dari pembaca yang komplen kenapa Justkhai ni dah tak macam dulu. Sekarang asyik-asyik cerita pasal tutorial, pasal gadget, dan pasal isu-isu aje yang membuatkan korang dah boring dan rasa blog ni dah tak macam dulu.

Khai pun bila baca balik artikel-artikel lama dalam blog ni, terasa rindu sangat nak jadikan blog ni macam dulu. Tapi ada beberapa perkara nak kasitahu korang pembaca setia blog ni kenapa blog ni dah tak dapat dijadikan macam dahulu. Sebelum tu, bagaimana blog ni yang dahulu? Dahulu, Khai lebih banyak jadikan blog ni tempat luahkan perasaan, membincangkan kisah cinta, berkongsi kisah hidup dengan pembaca dan macam-macam lagi lah. Tapi semua tu memang dah tak wujud lagi di blog ini. Ke mana semua tu pergi? (more…)

Ditulis pada 5 December '10 oleh | 2,322 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 53 Respon

Kehidupan aku bersama Apple MacBook Pro

Entri ni ikhlas nak cerita tentang pengalaman hampir seminggu Khai menggunakan Macbook Pro. Untuk yang baru terjebak dengan blog ni, korang boleh la baca dulu entri teaser pasal MacBook ni hari tu.

By the way entri ni memang betul-betul Khai punya cerita dari apa yang Khai rasa. Bukan nak puji lebih-lebih atau nak kutuk lebih-lebih mana-mana pihak (PC atau Mac). Kalau korang nak tahu, first komputer yang Khai guna, Khai tak kenal Microsoft Windows dulu, tapi kenal dengan Apple OS dulu. Masa tu 1st time guna komputer dan online kat rumah akak Khai di Desa Pandan, KL. Masa tu akak Khai guna old Mac lengkap dengan dial-up. Masa tu Streamyx mana wujud lagi der. Hehe.

So tu la dia pengalaman Khai menggunakan komputer buat pertama kali lebih kurang 12 tahun yang lalu. Dan selepas itu hidup Khai hanya dengan PC (Windows). Kat mana ada Khai, kat situ ada PC. Kat mana ada PC, kat situ ada Khai. Pendek kata kasi la Khai satu pc dengan connection internet yang laju dan makanan yang mencukupi, then campak kat pulau pun insyaAllah boleh hidup. Hahah! (more…)

Ditulis pada 25 November '10 oleh | 10,053 views telah diterima.
Dalam kategori Apple, Review | Promo di Twitter! | 184 Respon