Gambar di atas adalah analytic 12 hingga 18 Mac 2008 yang Khai ambil dari Nuffnang. Sebenarnya Khai tak sangka yang justkhai akan menerima hit sebegini dengan usia yang sangat muda. Ingat lagi 2 bulan lepas, masa Khai pindahkan blog di Scukz tu ke justkhai, rasa kesian sangat nengok blog ni. Sudahlah ranking di Alexa jatuh mendadak, visitor pula boleh dikira dengan jari, dan paling sedih page rank dari 4 terus jatuh kepada 0. Hasil berkat kesabaran Khai, akhirnya blog ni dah berjaya mencacat ribuan pengunjung dalam satu hari. Alhamdulillah. Terima Kasih banyak-banyak atas sokongan tidak henti korang semua. Tanpa korang siapalah Khai dan blog ini. Berikan tepukan pada diri anda sendiri.
WordPress 2.5 Sneak Peek
WordPress 2.5 masih belum release nationwide, tapi korang dah boleh download dan try sendiri. Kalau rasa tak ok atau ada apa-apa cadangan, kasitahu diorang. So kita semua akan nikmati wordpress yang lebih enak tak lama lagi. Nak tahu serba sedikit apa kelebihan WordPress 2.5 ni, baca sendiri Sneak Peek dari Matt Mullenweg. Nampak macam menarik. Kalau connection Khai ni tak lembap, dah lama Khai download and install. Nak taknak, terpaksa la tunggu final release diorang je. Tak sabar, tak sabar..
Scukz Kembali
Bukan nak kata memberi peluang kepada CGYhost, tapi lebih enak jika Khai katakan, untuk menghargai mereka. Dari apa yang Yazrie (selaku CEO CGYhost) sendiri beritahu kepada Khai melalui telefon tempoh hari, Khai dapat rasakan CGYhost mempunyai masa depan yang cerah. Itu pun jika apa yang Yazrie katakan akan menjadi kenyataan. Contohnya macam CGYhost nak buat brand broadband sendiri sama seperti Streamyx, Mykris dan banyak lagi yang tak perlu Khai beritahu dulu. Semua tu bukan perkara yang mudah. So good luck untuk Yazrie dan CGYhost. Kepada forumer Scukz sekalian, jom la havoc’kan balik forums Scukz tu. Itu yang korang mahu kan? So Khai dah berusaha untuk pulihkan Scukz semula dan apa yang diperlukan kini, hanyalah kerjasama semua untuk memeriahkan Scukz seperti dulu.
Masih ingat pada Advertlets?
Berapa ramai antara korang yang masih belum terima pembayaran daripada Advertlets? Dan berapa ramai pula yang “hutang” dari mereka hampir RM1000. Itu bukan satu jumlah yang sikit. Cukup Advertlets, cukup!! Jangan sesekali korang suruh blogger untuk bersabar atau memberi alasan “fraud click” tidak sudah kepada kami. Ok fine, Fraud Click! Kami tahu apa itu fraud click even kami tak tahu itu memang benar-benar terjadi atau alasan kosong korang. Jangan harap kami ingin percaya kalau tiada bukti dari pihak anda wahai Advertlets yang disayangi. Ok, email macam-macam soalan dari pihak Advertlets sudah Khai jawab dengan penuh jayanya. Apa lagi yang mereka mahukan? Kenapa harus senyap membisu bagaikan tiada ape yang jadi?
* click sini untuk gambar yang gemuk.
Oh, jika korang mahu jadi kaya seperti kroni Josh Lim, mari buka syarikat pengiklanan seperti Advertlets!
” unique hits this week for justkhai.com (06 – 12 mar) “
Image di atas adalah screenshot Unique (from Nuffnang) Hits untuk minggu ini. Khai dapat rasakan traffic ke blog untuk minggu ini betul-betul sesak. Setiap 5 minit, ade saja beberapa komen yang masuk. Semuanya gara-gara adanya entri seperti ini. Terbukti rakyat Malaysia begitu dahagakan cerita-cerita cinta dan yang berbentuk mistik. Hihi. Takpe takpe, korang memang best. Komen la Ok banyak-banyak. Khai memang suke baca komen dan jawab komen dari pembaca. Go go, teruskan membaca. Tekan Ctrl + D dan masuk ke blog ini hari-hari. Korang pasti akan rasai sesuatu yang best. Kalau tak best tu, kadang-kadang je!! Leh?
Ok, lupakan pasal hits dan kisah chenta tiga segi, kita sebut pasal politik pula. Ah politik, bosan la.. cerita lain la. Ini ada beberapa auta fakta yang nak Khai kongsikan.
1. Gay or not?
Ha, ini khas untuk korang yang ada accessory kat celah kangkang. hurm??.. Khai selalu pekena member ngan fakta ini. And of coz ianya menimbulkan keraguan, tetapi jangan terperanjat kalau Khai katakan dari pengamatan Khai, kebanyakkan kawan Khai yang gay, tangan mereka seperti itu. Lihat tangan korang. Apekah?
2. SPAM Proof!
Oleh kerana masalah SPAM tidak lari dari blogger seperti Khai dan mereka, WordPress dengan bangganya telah mengeluarkan satu plugin bagi mengurangkan SPAM atau mungkin bayang-bayang SPAM pon tidak akan kelihatan dalam blog lagi. Maka para komenter tidak perlulah risau kalau-kalau komen korang masuk dalam kategori SPAM. So sila jawab dengan tepat bila nak komen entri dalam blog Khai ni. SPAM Proof dia berbentuk seperti image kat atas tu lah. Sila panggil cikgu add math, physic, chemistry dan kalau boleh 5 orang lecturer dari University berhampiran. Kalau tak keluar macam tu bila korang nak komen, maka korang bernasib baik.
Entri ini khas untuk semua warga Scukz atau mereka yang mengenali apa itu Scukz.
Khai hentikan sementara entri best-best untuk semua pembaca blog ni bagi memberi laluan kepada entri khas mengenai isu Scukz dan CGYhost yang tiada kesudahan. Buat pembaca baru, Scukz lah yang memperkenalkan Khai dalam dunia maya ni. Scukz adalah sebuah komuniti remaja di Malaysia dan mempunyai pengikut-pengikut setianya yang tersendiri dan Scukz pula telah disponsor oleh CGYhost sejak dari awal penubuhannya. Nak tahu lebih lanjut, Google adalah tempat yang paling sesuai.
Sebelum itu, korang semua dijemput membaca komen dari orang-orang besar CGYhost semalam di dalam entri Crazy of Luck + Hoster Problem. Baca segala reply dari Encik Yazrie selaku CEO CGYhost. Kalau dah baca, baru korang boleh teruskan baca entri ni.
Ok, first of all, tanpa berdolak-dalih, Khai ingin memohon maaf dari pihak CGYhost tentang beberapa entri lepas yang dilihat telah menghentam CGYhost secara sinis sekali. Malam tadi, Yazrie sendiri hubungi Khai dan kami berbual agak lama jugak la. Yazrie bercerita tentang apa yang dah jadi dan apakah arah tujuan CGYhost selepas ini. Itu membuatkan ura-ura CGYhost sudah bankrupt seperti yang Khai dapat dari bekas staff-staff mereka terus lenyap dari fikiran Khai. Kenapalah baru sekarang kau call aku Yazrie. Kalau dari dulu kan ni semua tak jadi. Sebagai special customer seperti Scukz, berilah tahu Khai dulu sebab Scukz membantu mempromosikan CGYhost. Bila jadi perkara macam ni, orang salahkan kita.Tapi tak boleh salahkan Yazrie sebab dia cakap, dia sakit. Apapun Khai doakan, semoga cepat sembuh.
Ok, kalau dilihat, entri yang Khai tulis tu bertarikh selepas hampir sebulan Scukz down. Sebelum itu, Khai hanya bersabar dan mendiamkan diri dan menunggu sebarang email pemberitahuan sebab dari pihak CGYhost. Yela, web dekat sebulan tak boleh masuk. User plak ramai yang complain sampai takde mood nak reply sorang-sorang kat YM tu. Lama-lama meletup jugak. Sampai terwujudnya Justkhai.Com ni. Buat pengetahuan semua, blog ini disponsor oleh si gadis manis, Syia dan dihostkan di Exabytes. 100% tidak termasuk dalam network Scukz dan sponsorship dari CGYhost lagi.
Aku rindu.. Aku terlalu rindu.. Aku rindu dengan Scukz.Com.. Aku terlalu rindu untuk design welcome page dia. Aku rindu untuk meng-edit itu dan ini. Aku rindu dengan forums dan semua ahli-ahli forums lebih 10 ribu orang. Aku rindu dengan semua division yang aku buat hampir setiap minit waktu aku online sebelum ini. Aku rindu dengan Scukz yang aku wujudkan dari tingkatan 5 lagi. Tapi itu dulu, sekarang? harta yang aku ada cuma justkhai ini. Blog picisan ini. CGYhost dengan selamba mak bapak depa telah suspend Scukz tanpa sebab. Bila orang masuk Scukz je, akan keluar page suspend sebab tak bayar. Orang akan anggap aku tak bayar hosting tu. Padahal server depa yang down (tak bayar mungkin) dan menghilangkan semua-semua data yang aku buat kali kedua’nya. Kalau dunia ini adil, mungkin aku boleh saman mereka dengan ketahian ini. Ini semua tahi. Janji-janji selama ini hanya tinggal janji. Aku masih simpan janji-janji mereka mengenai sponsorship Scukz.Com. Itulah syarikat Melayu. Kita nak tolong dia, kita kena prek balik!
Sekarang ni hidup ni aku rasa tak berapa best. Aku jarang sekali online. Jarang sekali untuk buka YM lagi. Jarang sekali membuka laptop melainkan assignment. Segala update dan kegembiraan aku di blog ini hipokrit semata. Aku menangis dalam hati. Kerana satu daripada 5 perkara yang membuatkan hidup aku bahagia telah lenyap begitu sahaja. Tanpa sebarang notis atau email dari pihak CGYhost. Begitu tahi bukan? Salah aku juga, tak mahu dengar kata orang lain. Orang cakap CGYhost sucks, aku cakap CGYhost best. Kerana aku ingin memberi peluang kepada mereka. Tapi bila aku dah ditahi’kan?
Jika lepas ini CGYhost itu masih wujud, nasihat aku, jauhi tahi seperti itu. Sekarang nak hantuk’kan kepala kat dinding pun tak guna, sebab mereka dah hilangkan data dengan sekelip mata tanpa sebarang notis. Begitu juga dengan nama domain Scukz.Com. Sungguh tahi bukan? Noktah!!
Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca entri ini: - Arwah yang dimaksudkan nanti sama sekali BUKAN Allayarham Hazwan Wafiy Abu Hassan, pelajar SMKAB seperti yang tersebar di internet. Ini Hazwan lain!
- Entri yang akan Khai tulis ini masih tidak tahu kesahihannya. Apa yang Khai tulis adalah melalui fakta yang ada di Internet. Anda dinasihati tidak terus percaya sebaliknya baca semua komen yang ditulis oleh pembaca di bawah entri ini. Mungkin anda akan dapat sesuatu yang benar. Adili’lah sendiri. Allahualam.
Suara peninggalan Allayarham Hazwan.. Alfatihah!
Download Video dari Youtube (right click & save link as – open with GOM)
Kalau korang rasa video kat youtube tu tak berapa clear or kecik, silakan download file sebenar video tu yang hanya bersaiz 4MB sahaja. Download VIDEO Cinta Tiga Segi – orang sudey download taw!
Alkisahnya, Khai baru tahu pasal lagu ni. Itu pun sebab room mate Khai, Rizal yang beria-ia sangat nak lagu ni. Dia cakap kat Khai lagu ni best gila dan dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa something yang sukar nak diluahkan. Syahdu sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan sebagai permintaan terakhir. Cuba korang selami hati seorang Hazwan yang menjadi mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari sedikit research yang Khai buat, begini ceritanya.
Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Khai jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan telah dijatuhkan hukuman (more…)
Oh tidak, semalam motor Khai dilanggar tanpa izin oleh dua orang mamat Iran yang baru nak belajar naik kereta mungkin. Khai parking di tempat motor macam biasa. Dan Satria GTI ni dengan selamba badaknye melanggar deretan motor yang parking di situ. Ada beberapa motor yang tumbang dan motor Khai berganjak sedikit kebelakang. Masa kejadian, Khai tak tahu menahu. Tengah busy buat assignment mungkin. Saksi yang ada masa tu hanya panggil owner kepada motor yang tumbang tu je. Khai dia tak panggil sebab bila lihat dengan mata kasar, 125zr yang baru ku beli 3 minggu lepas tu memang tiada langsung cacat celanya. Tapi bila Khai belek motor tu, Fox depan bengkok siot. Fox original tu. Damn! Breakdisk juga mungkin bengkok. Sekali lagi, Damn! Breakdisk original tu!!!!
Kawan Khai yang motor tumbang tu dah deal mintak RM200 dan dah dapat pon petang tadi. Khai baru deal petang tadi dengan mamat iran tu. Khai awal-awal dah buat persediaan dengan membawa team-team gangster dan juga team-team baik. Sebagai backup kalau mamat tu nak cari pasal. Deal punye deal, Khai yang hancus english ni boleh speaking tak pasal-pasal. Haha, ini semua kerana 125zr itu yang tak henti-henti menangis kesakitan dari semalam. Nasib baik mamat Iran tu Ok. Kalau tak memang kena debik. Kitorang kat sini semangat setiakawan tu kuat. Mana boleh nengok kawan-kawan susah kan. So mamat Iran tu bersetuju untuk membayar ganti rugi. Nasib kau nak bayar, kalau tak tidur lokap ko malam ni. Dia suruh hantar workshop, tukar apa yang nak tukar, then dia bayar even beribu pon. Ah, Khai tak kira, Khai nak semua barang ori balik. Naya la ko nanti mamat Iran baru nak belajar kereta oi.. gambar motor ada Khai tangkap, tapi tak sampai hati nak publish kat sini.
Itu saja daily craps untuk hari ini. Neway, kalau korang perasan, dah lama blog ni tak mem’promo software2 terbaru untuk korang. Tak macam dulu lagi. So hari ni Khai nak promo dua software tarbaru dan dua software pilihan Khai.
Winamp Media Player 5.52
Mungkin ada yang masih tidak tahu, Winamp kini sudah ada versi baru. Interface yang sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan Windows Vista. Pelbagai sebab kenapa korang perlu download. Boleh rujuk sendiri di official websitenya.Khai tahu, setiap orang ada Media Player kegemaran mereka sendiri. Ada yang suka iTunes, ada juga yang suka Winamp mahupun pelbagai jenis yang lain. Tapi pada pendapat Khai, apa guna kita install Windows XP atau Windows Vista disertakan sekali dengan Windows Media Player? Kenapa tak guna? perlu ke nak makan hard disk korang tu sedangkan fungsinya sama sahaja. Kalau nak cakap kau tak suka support hasil keluaran Microsoft, habis kenapa guna produk mereka? Khai cukup tak suka dengan mereka yang anti Microsoft kerana barang mereka mahal dan cekik darah tapi dari awal belajar menaip, tak pernah beli Windows yang original pun.
Nokia PC Suite 6.85 Release 14
Kepada pengguna Nseries, dapatkan juga Nokia PC Suite terbaru ni. Memang jauh lebih baik dari sebelumnya. Interface juga macam biasalah, semua nak ala-ala Vista. Kali ni, data-data dah boleh di’drag terus mengikut kemahuan korang. So kalau berminat, boleh download di Softpedia. Tiada masalah kepada pengguna XP mahupun Vista.
GOM Player
Lupakan FLV Player, VLC Player, Real Player atau apa sahaja player third party yang korang gunakan sekarang. GOM Player terlalu mengujakan Khai. GOM Player mampu memainkan file mp3, dvd, real, mp4, avi, dan apa sahaja format yang ada. Jika ada yang tak boleh main, korang akan dihantar terus ke website mereka untuk mendownload plugin bagi format yang tidak terkandung dalam package default installer. Khai pernah menulis mengenai GOM Player suatu ketika dulu (di sini), bacalah untuk korang mengetahui lebih banyak kelebihan GOM Player ini. Download GOM Player di sini. orang dah download taw!
DeskSpace
live preview, click sinih
Pernah bermimpi untuk mempunyai 4 Desktop dalam 1 PC? DeskSpace akan menjadikan impian anda sebuah realiti. Eceh, ayat tak leh blah. Khai sangat teruja mempunyai DeskSpace di dalam notebook ni. Contohnya, korang tengah banyak tab kat taskbar windows. Tiba-tiba member korang nak guna sekejap. So mesti korang takut tab tu akan terpadam kerana banyak perkara penting yang masih terbuka. Begitu juga kalau korang rasa terlalu banyak tab sedang terbuka, dan korang perlukan satu desktop yang clean untuk tidak menyakitkan mata. Dengan DeskSpace, korang boleh switch ke windows baru tanpa perlu log off untuk pergi ke user account yang lain. Betul, ini wajib korang download dan tunjukkan pada rakan sepejabat mahupun sekolah. Mereka mesti akan cakap, Aku nak wei!! aku nak!!. Download DeskSpace di sini. orang dah download taw!
So kalau dah cuba, Ok tak?
UPDATE: 02march..
Internet Download Manager with Crack
Ada request kat bahagian komen dari saudari Eriyza, so Khai letak di sini je. Internet Download Manager adalah satu lagi software yang wajib di download untuk siapa yang mahukan kelajuan download berkali ganda dari yang biasa. Korang juga boleh pause download proses tu dan sambung pada bila-bila masa je. Kalau line internet korang tiba-tiba putus, IDM automatik akan pause’kan dan korang boleh sambung balik lepas tu. URL file download tu juga akan disimpan oleh IDM. So memang tiada cacat celanya jika korang install IDM dalam pc dan gunakan. Memang berbaloi bak kata Kamdar. Download IDM di sini. orang dah download taw!
Khai di tag oleh Mohd Ismail untuk pecahkan rahsia apekah 5 website kegemaran Khai. Terlalu banyak website yang Khai minat. Tapi dah dia mintak 5 aje, so Khai senaraikan antara 5 website yang paling kerap Khai lawati untuk awal tahun 2008 ini.
1. MediaFire – www.mediafire.com/ Diperkenalkan oleh seorang crew Scukz. MediaFire ternyata berbeza dengan mana-mana free data hosting yang pernah Khai cuba. Menariknya, bila kita upload file, status upload kita tu ditunjukkan dengan begitu detail sekali dan boleh manage file dengan cara yang sangat mudah. Untuk download pun, sangat friendly. Kalau nak tahu, semua mp3 yang Khai share di emp3-download.net tu, semuanya di hostkan di MediaFire. Mari lupakan Rapidhare, Megaupload, USA Upload dan apa sahaja data hosting lain yang leceh.
2. Job Street – www.jobstreet.com.my Untuk yang pernah menjadi student, tentu kenal apa itu Internship. Kalau kenal Internship, mesti kenal Jobstreet juga. Ini juga website yang hari-hari Khai lawati. Dah hampir 12 Dozen Internship yang Khai apply di sana. Paling menarik, Jobstreet menyediakan satu form untuk kita isikan resume, dan bila dah selesai, kita boleh download resume tu ke dalam format Microsoft Word (.doc). Tak payah nak pening-pening camana nak buat Resume lagi.
3. YouTube – www.youtube.com Jika korang merasakan duduk di depan TV itu kerja yang sia-sia, korang sama seperti Khai. So jawapan untuk orang seperti ini, YouTube pastinya satu penyelesaian. Cakap sahaja ape, semua ada. Nak buat koleksi anime ataupun video clip, download saja menggunakan KeepVid. YouTube juga Khai jadikan web reference utama jika Khai perlukan idea untuk membuat assignment ataupun mencari tutorial berbentuk video. Samalah seperti DevianArt.
4. Engadget – www.engadget.com Sehari tak masuk di website seperi Engadget, percayalah korang akan jadi seorang yang ketinggalan zaman mengenai perkembangan terkini dunia gadjet dan teknologi dunia.
5. Smashing Magazine – www.smashingmagazine.com - Sebuah weblog luar biasa. Khai paling suka bila diorang tu suka sangat buat review pasal web tercantik la, top tutorial la.. dan banyak lagi la. Jangan mengaku otai Photoshop kalau belum khatam kesemua tutorial yang ada di sana.
Pagi tadi Khai sampai kampus dalam pukul 8:30 pagi. Masa nak parking motor tu, perasan ada satu kawasan dalam Universiti yang dah jadi tempat ramai orang sarapan pagi. Ada payung-payung macam kat pasar malam tu.Khai bajet, LUCT nak bukak satu warung murah kat dalam kawasan Universiti ni kot. Wah gempak!.. Bila tengahari tadi, usya-usya kat tempat tu, rupanya ada satu produksi drama tengah shooting. Korang rasa drama ape yang diorang tengah shooting kat Limkokwing University tu? Tak lain tak bukan, Lestary setiap hari selasa jam 9 malam di TV3, Sindarela. Sumpah Syarifah Armani berdiri depan Khai. huhuhu. Sumpah jugak dia memang comel. Comel gile rasa nak geget-geget. Aiseh, semalam Acha Septriasa, harini, si Zoela ni plak.
Sempat juga nengok diorang shooting. Nengok krew produksi Sindarela bertungkus-lumus tak kenal erti penat menarik hati Khai untuk melekat di situ selain ingin melekat bersama Syarifah Armani. Terus-terang Khai katakan, rasa benci dan meluat Khai kat dia tiba-tiba lenyap macam tu je. Benci pun korang pun tahu kenapa kan? macam-macam angkara yang dia ni buat. Saya nampak bodoh bila bercakap dalam bahasa melayu la, botakkan kepala sampai licin la yang cukup membuat kontroversi satu arena hiburan negara. Tapi rambut dia sekarang yang macam korang nampak dalam cerita Sindarela tu betul-betul mencairkan kahak di tekak. Meleleh beb. Oh Sharifah Armani, sudikah dikau menjadi pacarku? haha. So harini, N73‘ku ini telah memecah rekod menangkap gambar artis. Nengok Nieza tu, kemain lagi.
Scukz.Com kembali Online?
Petang tadi bila Khai check inbox kat Myspace, ade dua orang budak Scukz beritahu yang Scukz dah ok. Khai ingatkan diorang main-main. Bila Khai cuba, eh dah OK la. Apa kena dengan CGYhost ni? So Khai gi kat main website dia, nengok ada satu announcement di situ yang betul-betul membuatkan Khai tak faham. Mereka mengatakan yang mereka memohon maaf atau masalah sejak kebelakangan ini kerana proses pemindahan server ke Cyberjaya sedang dijalankan. Aik, kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa mereka tak email’kan tetapi sanggup bernanah telinga menanggung sumpah-saranah dari customer dan yang tiada kena-mengena. Khai bertanya dengan seorang ex-staff CGYhost mengenai notis tu. Dia jawab, itukan notis yang dah lama ada kat sane. Heh, amik ko Khai. Which mean, CGYhost still sama dan Scukz boleh online balik mungkin sebagai satu keajaiban untuk sesiapa yang berada di dalam CGYhost, untuk backup data secepat mungkin.
Road block Oh
Haha, selama dah ada motor ni, Khai selalu pikir bila la nak ade road block. Saja nak ngetest power. Ape taknya, sebab takde benda yang perlu ditakutkan. Motor pon standard, lesen ada, road tax ada, side mirror dua dua ada. Kalau kene saman gak tak tahu la nak cakap. So ditakdirkan, petang tadi masa balik kelas, ade road block kat flyover highway KL – Putrajaya. Kereta semua lepas, sampai motor je, dia suh pi tepi. Hampeh! Mintak lesen boleh terkasi plak lesen L awek (saja Khai simpan Nieza punya). Mampos kene berdekah ngan polis tu. Haha. Then dia cakap kamu ni bila nak amik lesen P. Khai cakap nanti incik lepas saya abis final semester ni. Then dia tanya lagi apesal kamu tak tampal L kat motor kamu ni. Khai jawab, incik tak nampak ke punye besar L tu. Hahaha.. otai jugak aku walaupun tak tahu kenapa tangan terketar-ketar abis masa nak masukkan lesen dalam wallet. Pengalaman pertama diriku di tahan polis. Yay!
Internship
Khai di’rekomen’kan oleh seorang lecturer untuk buat internship di Go International Group, Damansara. Rasa berat sikit nak tolak sebab ni lecturer yang rekomen’kan. Masalahnya sekarang kat Damansara. I hate Damansara. Tapi nengoklah camana nanti. Kalau tak jadi praktikal kat Limkokwing ke, Khai pergi lah sana. Nengok portfolio diorang pun sangat OK. Nieza awal-awal dah tak kasi, sebabnya, malaslah Khai nak cerita.. Sebab merepek sangat..
Rosak
Kad Maybank rosak. Damn, tak boleh keluar duit dari semalam. So tadi buat pertama kali’nya sejak Khai dilahirkan, Khai berdikari sendiri seorang diri. Merentas Cyberjaya untuk ke Maybank nak apply kad baru. Alhamdulillah semua’nya selamat. Lihatlah akak-akakku, adikmu kini sudah pandai berdikari. Hihi.. Tapi hanya kerana semangat 125zr itu masih ada.
Psstt: Isk, kalau Nieza dengan Armani dah sama tinggi, itu bermakna, Kalau Khai khawin ngan Armani nanti, tinggi dia hanyalah pada paras bahuku. Haha, indahnya mimpi malam ni.
Ah, letih. Khai baru balik dari kelas. Nasib Isnin jadual dah berubah. Kelas 2D Animation ditukar pada hari Rabu. So hari Isnin ada satu kelas aje la pagi. Tadi, 3 kali Khai selisih dengan Acha Septriasa. Sampai terbau dia punya perfume. Comelnya dia tapi kenapa Khai rasa biasa je? Sebabnya, kejelitaan Acha dah menjadi sangat biasa bila berada di Limkokwing University disebabkan kat Limkokwing tu penuh dengan lambak’kan wanita-wanita jelita dan jauh lebih seksi dari Acha. Haha. Fiona, Khai dah jumpa jugak. Hehe. Dafi? mane ntah dia nyorok.
Tadi dah submit Resume. Alahai risaunya. Kalau tak jadi la praktikal kat Limkokwing tu, Khai harap sangat satu lagi permohonan Khai untuk internship kat Asia Media Sdn Bhd, Puchong tu tercapai. Asia Media adalah syarikat yang bertanggungjawab pasal Rapid KL. Hurm, tadi masa nak submit Resume, berlaku sedikit kekecohan kat luar lab. Khai tanye apesal, diorang (pelajar wanita) ni cakap yang diorang tak puas hati dengan seorang lecturer yang bertanggungjawab amik Resume ni. Apa taknya, diorang rasa yang lecturer sorang ni “pilih kasih” dia tu terlalu teserlah. Satu puak wanita yang tidak bertudung lagi seksi, dilayannya baik. Tak hantar Resume hari ni pun takpe, tapi bila yang bertudung litup atau lelaki, dibantainya membebel. Fuh, nasib hubungan Khai dengan dia tu boleh dikatakan Ok. So malaslah nak layan hal-hal pilih kasih ni. Memang adat la orang lelaki ni jadi “buta” bila berurusan dengan perempuan seksi. Itu lumrah sang lelaki.
Fuh, Khai bengang betul dengan CGYhost (aku link pun macam dapat masuk). Bekas sponsor Scukz sebelum ini. Apetaknya, Khai dah SMS elok-elok tapi langsung dia tak balas. Apa punya Melayu la. Eventhogh CGYhost tu nak bankrupt ke, nak melingkup, telangkup ke, jangan jadi setan main lari macam tu aje. Bacul la ko Yazrie (CEO of CGYhost). Korang bayangkan, web yang hampir dua tahun Khai bangunkan sikit demi sikit, boleh hilang macam tu aje. Macam semut yang dibawa arus. Semut? Huhuhu. Yang hilang tu bukan saje portal dan forums, tapi banyak lagi sub-sub yang dah Khai public’kan dan ade yg masih dalam rangka lagi. Dan ini bukan kali pertama CGYhost hilangkan data customer, tapi dah dua kali. Khai tak kisah’lah web tu burn macam tu je pun kalau disebabkan diorang ada masalah dalaman ke ape (atas dasar simpati), tapi sekurang-kurang’nya beritahu. Kalau nak melingkup tu kasitahu awal-awal. Dapat juga Khai backup semua data-data yang ada. Jangan lesap macam tu je. Kalau dah begini caranya, memang betullah CGYhost tu Syarikat Hosting Tahi buatan Malaysia bak kata seorang komenter di blog ini. Ini yang Khai tak suke bila kita niat nak bantu orang melayu, akhirnya kita balik kene ‘rogol’ ngan orang Melayu. Apapun, Khai dan seorang hamba Allah ni sedang giat melakukan perbincangan untuk menyelamatkan Scukz. Mungkin kita akan ada sponsor baru wahai ahli-ahli Scukz Komuniti.
Hamba Allah tu korang tentu dah tahu. Siapa lagi kalau bukan Syia. I dont know why dia baik sangat dengan Khai. Nak kata dah kenal lama, sebulan pun tak sampai. Samalah dengan Kak Lea dulu. Mungkin Allah dah takdirkan Khai untuk berjumpa dengan orang yang sebaik mereka. So jangan jeles taw!
Pssttt: Korang tolong ye update link lama Khai kat blog korang tu kepada www.justkhai.com .. Dulu tak kisah sebab Khai dah redirect domain lama tu ke domain baru ni. Tapi bila Scukz dah jadi macam ni, semua tak jalan dah.
Kerat jari kalau ada antara kita yang cakap tak pernah nengok wrestling sama’ada di TV atau DVD mungkin. Kenala siapa itu The Rock, Triple H, Undertake, John Cena, Stonecold Steve Austin, Randy Orton mahupun Rey Mysterio? Kerat jari sebelah lagi kalau ada juga yang tak tahu. Tapi bukan kerat jari Khai, kerat la jari ayam ke, biawak ke.. huhuhu..
Siapa pula yang tidak kenal WWE? World Wrestling Entertainment, Inc; sebuah badan gusti gergasi dunia yang juga aktif dalam membangunkan filem dari lakonan ahli gusti mereka seperti The Marine (lakonan John Cena), See No Evil (lakonan Kane), The Condemned (lakonan Stonecold) mahupun The Rundown & Walking Tall (lakonan The Rock) dan pelbagai lagi rangkaian filem mereka. Itu di Hollywood sana. Di Malaysia, masih lagi belum ada badan gusti seperti itu. Dan artis kita kebanyakkannya datangnya dari bidang nyanyian bukan dari bidang sukan. Masih ingat bila Rashid Sidek berlakon filem Cinta 100 Ela arahan Raja Azmi? Alahai, takde sapa nak nengok. Negara kita tiada ahli sukan yang boleh dilebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Ahli gusti jauh sekali. Tapi yang peliknya dah ada pula ahli gusti perempuan. Budak sekolah lak tu. Itu ahli gusti bodoh buatan Malaysia.
Di Jepun lebih ekstrem. Masih ingat Khai pernah menulis entri mengenai Fear Factor Jepun suatu ketika dulu? Sanggup makan taik untuk menang. Mereka itu gila. Begitu juga dengan WWE di sana, mereka terlalu gila. Khai pasti, jika diberi ganjaran tertinggi sekalipun, belum tentu John Cena mahupun The Undertaker mahu mengambil bahagian. Itu kerana mereka di WWE sana bergaduh kerana lakonan, hiburan dan bayaran, bukan kerana kejantanan seperti orang Jepun. Semua pun tahu, mereka memang gila dalam semua aspek.
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.
Well, blog pertama dalam hidup Khai masih wujud lagi. Kalau rasa nak baca, dipersilakan.
Facebook Fan Pages
Oh! Media FanPage since 18 Feb 2010
For those silent readers, come-on, Join our discussion... boleh?
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. - Oh! Media Network.