Dua website permainan online buatan Malaysia

Banyak sebenarnya website-website hebat kelahiran anak tempatan tapi mereka tidak memberitahu ianya milik siapa. Mungkin Khai punya, mungkin Amanz punya, mungkin Mrkay punya atau mungkin kawan-kawan korang sendiri yang pasti ianya dijadikan projek underground. Ianya dijadikan 100% look-alike seakan-akan website milik warga amerika dan yahudi sehinggakan mereka sendiri terjerat dengan kehebatan anak-anak tempatan kita (tidak sangka).

Sebagai contoh paling dekat, pernah korang masuk mobile88.com tak? Ini website reference untuk pelbagai jenis handphone terbaru mahupun lama. Nak refer harga terkini pun semua boleh kat situ dan website tu memang menjadi reference Khai sejak dulu lagi. Dan awal tahun hari tu, baru Khai tahu ianya milik syarikat tempatan di Malaysia yang berpangkalan di Cheras. Siapa jangka bukan?

So untuk entri kali ni, nak memperkenalkan 2 website permainan flash online yang dicipta oleh anak tempatan. Since game-game kat Facebook pun makin lama makin bosan, mungkin korang boleh abadikan sedikit masa untuk melihat sendiri kehebatan anak tempatan kita. Paling hebat ianya dari anak melayu sendiri. Siapakah dia? Rahsia!

1. Defence Tower Games

URL: http://www.defencetowergames.com | FB Fan Page
Mempunyai ratusan game flash pilihan untuk korang main secara online. Memang pelbagai dan cubalah mana yang korang minat. Ianya dibina ala-ala sebuah blog di mana di bawah game, korang boleh komen mengenai game tersebut atau berkongsi dengan kawan-kawan sebarang hidden thing di dalam game tersebut. Ada beberapa game juga yang boleh korang save. Kemudian boleh load balik untuk sambung. (more…)

Ditulis pada 28 September '10 oleh | 688 views telah diterima.
Dalam kategori Review | Promo di Twitter! | 23 Respon

Para Pemenang Hadiah Mug dan Car Sign Oh! Media Network

Sebulan dah pun berlalu dan seperti yang Khai pernah janjikan pada artikel lalu bertajuk “Heart Beat dan hadiah penuh sentimental value“, pengirim komen yang pertama, ke-10 dan sampailah ke genap 70, akan menerima mug menarik Oh! Media yang memaparkan snapshot website-website di bawah terbitan Oh! Media Network sendiri.

Tadi tengah pisat-pisat, Skynet dah ada kat depan rumah sebab nak hantar hadiah-hadiah ni. Thanks Heart Beat sebab servis terbaik korang dari dulu sampai sekarang tak pernah mengecewakan pada pembeli. (more…)

Ditulis pada 27 September '10 oleh | 890 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 32 Respon

Bila semua web browser berbeza haluan

bwoser-fight

Satu benda yang Khai selalu harapkan datang dari browser-browser internet ni, supaya diorang semua sama je dari segi penampilan website. So para designer dan developer, tak perlu susah payah nak test kerja diorang kat macam-macam web browser yang nyata’nya membuang masa mereka dan merendahkan kadar produktiviti mereka. Kiranya, kalau developer kerjakan satu website ni kat Firefox, so dekat semua browser pun hasilnya sama macam yang dilihat kat Firefox. Kenapa diorang tak boleh nak buat macam tu ye? I mean, pakai la sistem yang paling ok antara banyak-banyak browser yang ada. Siapa paling cepat load code tu, lain cerita.

So bilalah masalah ni akan selesai. Mungkin sampai bila bila kot? Diorang je yang tahu. Dan kempen untuk “KILL-IE” mungkin takkan selesai dengan kedatangan Microsoft Internet Explorer 9 yang mempunyai kelebihan dia sendiri.


* Penampilan Justkhai melalui IE9

Selama ni Khai guna IE bila ada komputer yang baru format je then Khai terlupa bawak installer dalam Pendrive. So gunakan IE untuk download installer Firefox. Lepas install Firefox, memang selamat jalan untuk IE. Maka bersarang dan berlumutlah IE tidak digunakan. Booyah! (more…)

Ditulis pada 23 September '10 oleh | 694 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 43 Respon