Pandangan Aku Tentang Video Lucah Ariel Peterpan dan Luna

[entri ini menggunakan aku. Untuk bacaan yang sebaya atau bawah dari umur pemilik blog ini sahaja]

ariel-luna

Bila Gadis Lonely memaklumkan aku pasal tersebarnya video hubungan kelamin antara Ariel Peterpan dengan kekasih dia si Luna Maya, aku agak terkejut serupo nate beruk. Hehe. Speaking Kelate pulok hambo. Dan bagi membantu dia merealisasikan artikel untuk Oh! Artis (kini dah pun release), aku membantu sedikit dan sebanyak apa yang termampu mencari maklumat tersebut.

Untuk mencari video tersebut nyata tidak mudah. Banyak web dan blog yang menulis mengenai video ini, tanpa dia sendiri pernah melihat video tersebut. Ada juga blog yang ada video tersebut dan menyediakan link download, tapi agak leceh sebab nak kena email dia dulu dan macam-macam perkara menjengkelkan lagi.

Untuk makluman, pencarian video tersebut bukan dilakukan kerana ingin melihat aksi berahi tersebut. Jelas, aksi-aksi ala 3GP itu nyata bersepah di dunia internet terutama orang melayu kita sendiri. Dan pada aku, video aksi-aksi kelamin ini tiada apa bezanya. Ibarat skrip dan plot cerita yang sama cuma hanya pelakon yang bertukar-tukar. Masuk sini masuk sana, dah habis cerita. Itu sahaja yang diulang-ulang dan hanya loser yang menonton cerita yang membosankan seperti itu. (more…)

Ditulis pada 9 June '10 oleh | 2,101 views telah diterima.
Dalam kategori Hiburan, Tergempar | Promo di Twitter! | 73 Respon

Nenek Pergi Buat Selama-lamanya

nenek

07 Jun 2010 bersamaan 24 Jamadilakhir 1431 hijrah lebih kurang jam 9:30 malam, tibanya panggilan Tuhan buat Jamilar binti Dusin yang telah kembali ke rahmatullah atas faktor usia. Jamilar binti Dusin bukanlah orang lain untuk diriku. Dialah seorang ibu, dialah seorang nenek dan dia juga seorang oyang. Dan kepada ku, dialah satu-satunya nenek yang ku sayang dan hanya dia satu-satunya nenek yang sempat aku bermanja sejak kali pertama udara di bumi ini ku hela. Tiada nenek lain lagi. Dan pemergiannya, amatlah dirasai. Semoga roh’nya Allayarhamah Jamilar binti Dusin ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

nenek-1
(more…)

Ditulis pada 8 June '10 oleh | 775 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 43 Respon

Jadual Perlawanan FIFA World Cup 2010

Yes, blog ini masih cuba akan di’update. Tapi dengan info-info yang sebegini lah. Untuk panduan diri sendiri dan sesiapa yang berminat.

world-cup


* view fullscreen kalau tak nampak. Then boleh print ye.. [source]

Jadual kat atas ni untuk RTM. Jadi sama je lah masanya dengan Astro. Tapi siaran tertunda kat RTM tu, tetap boleh layan live kat Astro. Dan jangkaan abang ipar Khai rasanya betul. Dia kata mungkin lebih ramai orang yang akan nengok bola kat rumah je berbanding masa tahun 2002 dulu orang ramai lepak mamak layan bola. Time tu ramai orang takde Astro lagi. Dan sekarang, boleh dikatakan, bukan rumah kalau takde Astro. Hehe. Apa lagi kalau rumah ada Astro Byond kan?

+ Thanks Ab Rahman untuk Grandstand World Cup 2010 di atas.

Pssttt: Teringat kenangan indah masa zaman study 2006 dulu. Time tu World Cup kat German. Habis layan bola pukul 2 3 pagi, kitorang pulak bantai main bola sampai ke pagi. Then masing-masing ponteng kuliyah. Hahaha!

Sekarang kat Astro pun dah boleh nengok jadual perlawanan untuk World Cup ni. Tapi kalau korang apply Astro Byond, mesti la lagi menarik. Semua perlawanan dalam High Defination. Muka penonton pun korang boleh nampak dengan jelas sekor-sekor. Hehehe.

Ditulis pada 7 June '10 oleh | 1,086 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 56 Respon