Motif Kehidupan Aku, Kamu, Dia dan Mereka

justkhai-life-sucks
Salam Hari Isnin buat korang. Isnin? heh! Hari malas sedunia orang cakap. Maklumlah untuk yang dah bekerja, nak masuk kerja balik macam biasa. Menghadap muka bos yang dah lah tak kacak, boroi pulak lagi. Kalau budak sekolah tu, dah nak kena bangun pagi-pagi pergi sekolah. Kalau tak mak marah. Ada perhimpunan pulak lagi tu. Habis rambut, kuku, seluar, baju, lencana, tali leher dan macam-macam lagi lah dia cek. Oh, sungguh tidak best kan? Nostalgia. Hehehe. Tapi dulu time sekolah, Khai pengawas dan kena baca Ikrar Rukun Negara (in english) tiap kali perhimpunan. So rambut panjang pun takpe.

Pernah tak korang terfikir dunia yang kita nengok hari-hari ini, akan hilang tak lama lagi? Dan masa tu, kehidupan di alam lain pula. Tiada lagi kehidupan macam yang kita lalui hari ini. Dan bagi Khai, dalam kehidupan sekarang ni, boleh lah kita anggap diri kita sebagai pelakon yang mengikut skrip, Allah sebagai Producer & Director, Rasul sebagai Asst Director dan Malaikat sebagai krew disebalik tabir. Setiap perlakuan dirakamkan dan akan ditayangkan akhirat nanti. Dan audience’nya semua makhluk Allah tentunya.

Kehidupan ni apa sangatlah. Tak lama mana pun. Korang masih boleh ingat korang main baling selipar masa umur 6 tahun dulu. Dan sekarang mungkin usia korang dah 26 tahun. Maknanya dah 20 tahun berlalu. Kejap ke lama 20 tahun tu? Tak lama pun. Orang kata pejam celik pejam celik je dah berbulu atas bawah. Lepas ni korang pejam celik pejam celik menempuh onak-duri kehidupan dengan Isteri dan anak-anak, korang pun meninggal dunia.

Konklusi kehidupan boleh’lah disamakan dengan gambaran berikut:

justkhai-life

Masa korang kecik, korang teringin nak pergi sekolah. Bila dah masuk alam persekolahan, korang rasa bosan dengan sekolah dan struggle nak masuk Universiti. Bila masuk alam universiti, korang bosan dengan assignment dan dengan penuh keterpaksaan, korang struggle lagi untuk grad dengan jayanya dan tak sabar untuk masuk ke alam pekerjaan. Dan ketahuilah, alam pekerjaan adalah alam yang paling membosankan antara keseluruhan alam yang disebutkan tadi. Namun hidup harus diteruskan. Satu je lah yang best apa lagi kalau bukan alam perkahwinan dan percintaan? Hehehe. (more…)

Ditulis pada 22 February '10 oleh | 675 views telah diterima.
Dalam kategori Motivasi | Promo di Twitter! | 81 Respon

Belajar Mengenali Sifat Loser Sejati

Loser No Good

Pernah korang jumpa atau kenal loser yang sejati? Meh Khai kasitahu apa itu loser sejati. Bagi Khai, loser sejati ialah sejenis manusia yang poyo dan teramat-amatlah annoying. Dia menyibuk nak amik hati korang pada awalnya dan korang layan dia secara baik. Bila lama-lama, keluar taring “loser” dia dan korang buat tak layan, then dia terus buat perangai yang sangat jelik sampai la korang rasa menyampah dan meluat dan akhirnya sampai tahap anggap dia tak wujud lagi.

Orang macam ni, bagi Khai ada pun takpe, tapi kalau takde lagi bagus since dia ada atau tidak, langsung tak memberi apa-apa effect dalam hidup korang. Dari menjadi seorang yang berjiwa loser sepenuh masa, adalah lebih better serkup bantal atas muka sendiri sampai mati kelemasan. Seriously, itu adalah yang terbaik buat seorang loser.

Khai dah lama dalam dunia blog ni dan dah jumpa macam-macam jenis orang. Yang supportive tu yang memang kita cari di mana mereka berbangga berkongsi kejayaan dengan teman-teman seagama dan sebangsa, tapi yang dengki tu lagi ramai sebenarnya. Mereka ni boleh dikatakan 24 jam akan menjadi stalker yang berjaya. Mana ada korang, di situ ada dia untuk mencari sebarang kesalahan kecil. Apa yang lebih menghinakan, mereka ini datang dari keturunan yang bacul, loser dan tidak mempunyai kemaluan.

Ambil satu contoh yang baru-baru ini terjadi dan Khai dapat banyak feedback pasal seorang mamat ni. Mamat ni dah lama Khai block dari Facebook Khai pun sebab dia ni memang totally annoying. Orang lain pun sometime agak annoying juga tapi tak lah melebih macam dia ni. Memang perangai tahap super loser punya. Maaf untuk dikatakan di sini, sudahlah bodoh kemudian nak berlagak pandai pula di mata orang lain. Itu pandangan Khai pada seorang hamba Allah ni lah.

Beberapa screenshot report yang Khai terima dan agak mengejutkan. Kenapa mengejutkan? Iye lah bila tiba-tiba ada manusia yang nak mengambil perhatian orang ramai dengan cara yang amat drastik sekali.

Melalui Twitter.
Loser 3

Melalui Email.
Loser 4

Nak tayangkan gambar dia besar-besar ke? Rasanya tak perlu kesian pula nanti. (more…)

Ditulis pada 17 February '10 oleh | 1,139 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 213 Respon

Apa Apa Dengan Sony Playstation 3?

Fuh! Penatnya baru habis lawan Winning Eleven 2010 (PES 2010) dengan member. Bukak internet kejap layan blogging. Hehehe. Tapi tadi layan game special sikit lah sebab dekat PS3 dan bukan kat Miss Merlot. Eh eh, Khai dah beli PS3 ke? Jeng jeng jeng.. Hehehe.

Mulanya taknak buat artikel pasal PS3 ni maklumlah orang lain dah bertahun ada PS3 tapi dah jadi kebiasaan kat blog ni kalau Khai beli apa-apa gadget yang macam menarik dan baru untuk diri Khai (duit hasil titik peluh sendiri), insyaAllah Khai buatlah sedikit review apa yang Khai tahu dari something yang dah Khai cuba. So kalau korang nak baca entri ni terima kasih sebab manalah tahu esok lusa korang nak beli so mungkin ada sedikit maklumat baru yang korang dapat. Dan kalau nak komen pula, harap sangat jangan ada komen-komen yang berbentuk pujian like “banyak duit takpelah Khai”, “orang kaya bolehlah”, “Khai berlagak poyo nak mampus” atau yang sebagainya. Berilah komen yang mendatangkan faedah bersama seperti wujudnya entri ini. No more puji-puji okey.

Khai sebenarnya tak pernah rasa senang dengan sebarang pujian. Keep low profile in mind forever, InsyaAllah. Itu tips murah rezeki yang mak Khai ajar secara percuma. Khai lahir dulu sebagai anak kepada keluarga yang serba sederhana. Tak susah dan tak terlalu senang. Dan kehidupan Khai 2 tahun yang lalu, bila orang cerita pasal PS3, macam perkara yang mustahil sangat untuk Khai beli dan tak pernah terfikir Khai ternlintas untuk beli PS3 ni memandangkan harga yang agak tinggi dan sekadar untuk main game aje kan?

Kalau anak orang kaya lain lah kan? Mintak mak bapak je jangan cakap dapat PS3, nak Lamborghini sebiji pun insyaAllah. Tapi apa guna kalau hidup hanya menumpang titik peluh orang lain. Pakai Fairlady buat muka kerek kat traffic light, tapi kereta bapak yang belikan. Lepas tu bawak duit berkepok-kepok layan perempuan kat Zouk. Satu malam habiskan 2 3 ribu pun no problem! Kononnya anak lord. Sedarlah, bapak kau yang kaya, bukan kau. Kau perabis duit penat lelah mak bapak je kot.

Anyway, Kalau korang nak cakap something pada Khai yang berbentuk personal, pujian, kritikan atau kutukkan, email pada Khai secara personal dan profesional kan senang. Ini nak tulis nama dan email sendiri pun takut ada hati nak sound orang lain. Aiyaa!!

Tamat Mukadimah (panjang tak hengat). Ok jom masuk part PS3 pulak.. (more…)

Ditulis pada 11 February '10 oleh | 10,610 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget, Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 110 Respon