
15 Oktober 2010, Khai dijemput ke launching Nokia C3 di La Bodega, Pavilion. Sempat la buat live update (via live blog) sikit dan send beberapa live tweet melalui Twitter Oh! Media dan Twitter Khai.
FYI, Khai pergi event ni pun sebab dibayar tau. Padahal ada hal lain lagi hari tu. Dan berikut ialah beberapa gambar yang sempat Khai snap masa kat sana. Sampai pun dah ter’lambat sebab jalan gila punya jem dari Bangsar nak ke Pavilion. Patutnya rempit naik motor je masa tu kan. Hehe.


Lagi pic.. (more…)
Ditulis pada 17 October '10 oleh KhaiHassan | 1,704 views telah diterima.
Dalam kategori Acara | Promo di Twitter! | 22 Respon

Sempena dengan pelancaran Nokia N8 di Malaysia baru-baru ini, Nokia Malaysia & Celcom telah memberi kepercayaan pada Khai untuk mencuba satu dari produk baru yang dibawa masuk oleh mereka, iaitu Nokia C3. Telefon pintar ini dikeluarkan lebih kepada user yang lebih gemarkan melayari internet, Facebook & Twitter secara online melalui handphone dan akan terjual dengan harga yang amat berpatutan (tidak lebih dari RM550).
Beberapa hari Khai cuba Nokia C3 ni, not bad at all. Dan untuk meringkaskan entri ini, Khai akan terus memberikan review super-adil (unbiased) untuk korang semua. Kalau nak phone ni dengan harga RM99, baca hingga hujung artikel okeh. (more…)
Ditulis pada 13 October '10 oleh KhaiHassan | 2,594 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget | Promo di Twitter! | 68 Respon
Bila orang sakit hati dengan kita, macam-macam orang ni cuba buat kan? Satu kerja jahat tak menjadi, dia cuba cara jahat yang lain pulak. Pendek kata orang macam ni hati dia dah hitam dah. Tak senang nengok orang lain senang. 24 jam panas je bontot nengok orang lain hidup senang hati. Ada kemungkinan, dia hidup dalam tekanan, so dia nak orang lain pun turut rasa apa yang dia rasa. Orang macam ni memang sampai bila-bila pun takkan maju. Lagi teruk perangai, lagi tinggi hukum karma yang diterima.

Petang tadi tengah online-online di Old Town, dapat email dari seorang perempuan ni. Marah-marah dia cakap Khai ni kurang ajar sangat. Khai pelik tiba-tiba dapat email yang macam tu. “Aik, ape salah aku tiba-tiba kena marah ni?”, bisik Khai dalam hati. Nak kata masuk blog orang tinggalkan komen kat shoutbox, rasanya Khai takkan buat kot. Khai kalau masuk blog orang, memang jadi pembaca je. Kalau suka dengan entri tu, Khai akan tinggalkan komen. If tak suke dengan enri tu, Khai keluar dan baca blog lain pulak. (more…)
Ditulis pada 9 October '10 oleh KhaiHassan | 978 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Tergempar | Promo di Twitter! | 102 Respon